Sabtu, 15 Ogos 2009

Bunyi Cengkerik

Malam ini akan hujan. Pak cik Tivi yang beritahu.
Maksudnya malam ini Karim perlu tidur dalam kedinginan. Tilamnya seperti ais blok yang disusun rapi untuk menyejukkan tulang-belulang beliau. Biliknya terus berubah-ubah menjadi peti ais yang menampung SuperKomputer Syarikat Penyeludupan Panda Jadian.

Imaginasi Karim terus merayap membayangkan Primadona Ayu sibuk memeluk tubuh sasa beliau dengan penuh kasih sayang. Sesekali datang tangan berkulit mulus menghulur anggur berry terus ke mulut beliau seperti ibu burung memberi nafkah kepada anak-anaknya. Sambil tangannya mengoyang-goyang gelas berisikan wain halal seperti Orang Kaya Korup yang sedang duduk kaki bersilang atas sofa.

Ceh, kalau kail panjang secotet, jangankan ikan paus hendak dikail. Puff hilang khayalan Karim seperti gula-gula kapas ditelan Si Obes.

Matanya merenung jauh.
"Malam ini aku seorang lagi. Lonli."

[bunyi cengkerik]

13 ulasan:

Road Runner berkata...

hai..
bes la cite yg ko tulis,
xjemu ku membceny.
idea mne dpt?
leh shere x?

Tanpa Nama berkata...

kau pandai berkata-kata.
:)

mugiwara berkata...

tapi kau beruntung, karim.

primadona ayu sudi datang dalam imajinasi kau.

aku.
aku imajinasi macam mana pun, dia tak mahu singgah memeluk tubuh kurus aku dan sesekali menghulurkan anggur berry ke mulut ku sedang tangan aku goyang goyangkan gelas berisi wain sambil bersilang kaki.
sungguh! dia tak sudi. walau hanya untuk singgah dalam imajinasi.

aku.
aku lagi lonli~

huhu~
kau beruntung, karim.
sungguh!

Aizuddin Jaafar berkata...

hafiz,
saya tulis setiap detail dlm khayalan. agknya itu yg mnarik di blog ini

Aizuddin Jaafar berkata...

shakinah,
tq tq, hari-hari saya makan nestum tau

mugi,
amboi lonli nye. nanti aku tulis entri pasal kau pula mugi. ok. tamau sedih2 ok

Tanpa Nama berkata...

cengkerik yang juga lonli..
nice aiz..keep up the good imagination..

Aizuddin Jaafar berkata...

Ruq,
ok. will do

cengkerik kirim salam

M berkata...

wow penggunaan bahasa-.-"

Aizuddin Jaafar berkata...

mira,
budi bahasa budaya kita

Pak Lang Kiwi berkata...

kreatif... bole keje dgn karangkraf ni

Aizuddin Jaafar berkata...

Kiwi,
Boleh boleh. nanti saya hantar resume

fatah85 berkata...

cantik gaya.

gaya melampau melebihi imagin manusia. gaya seorang pencari karya kata yg paling sesuai untuk menggayakan fantasi.

Aizuddin Jaafar berkata...

Fatah,
thanks. i did try my best

Catatan Popular