Khamis, 3 September 2009

Bila Kepala Mula Berbunga

Semasa masa kian melarut.
Hati kau semakin kalut.

Ketika kau perlu membeli kapal selam untuk menyelami kekalutan hati kau. Ketika mata menyiarkan ulang tayang berulang kali saat paling pekat dalam tengkorak kau.

Bila saja kau gembira mendengar ahli musik bermain lagu cinta. Ketika setiap masa kau gementar berbaur ceria setiap kali telefon bimbit kau menjerit nada ada mesej baru tiba.

Bila ada saja Wajah Cantik mengekori khayalan dalam otak yang kian fragile. Ya, kepala kau memang sedang berbunga.

Ini saranan aku.
O.P.E.R.A the band

atau

Grey Sky Morning

15 ulasan:

mirashi berkata...

jatuh cinta?

shakinah berkata...

aku lebih kepada opera the band.

:)

Si Aizuddin berkata...

Mira,
saya masih lagi solo fighter.
Sesiapa yang berminat boleh isi borang.

Shax,
Well, aku suka duadua. hahaha

mirashi berkata...

ceh;p
camelia tu bkn gf sejati kmu?
xD

Si Aizuddin berkata...

mira,
sori sikit ok. that my wife la.

mirashi berkata...

err,ok =-="

Si Aizuddin berkata...

Mira,
jeles ke?

mirashi berkata...

masih waras utk jeles sama si camera yg menggoda itu tu k

Si Aizuddin berkata...

Mira,
masih waras?

aishah ibrahim berkata...

wooh.
grey sky morning ( ;

mana gambar kahwin camelia?
:p

Si Aizuddin berkata...

Aishah
Best best memang best.

Takde. sebab buat kecil-kecilan je

mugiwara berkata...

wa....
ingatkan hati saja yang berbunga~

oke.
kenapa aku rasa ketinggalan ni?
tak pernah dengar dua dua tu...

oke. [lagi]
nanti aku akan dengar.
pastikan mereka ni terbaik atau aku akan bocorkan kapal selam kau!

hahaha~

Si Aizuddin berkata...

Mugi,
Kepala pun boleh ma.

oke oke.
Kau layan ja. jangan risau lah. hahaha
[lagipun aku mne ade kapal selam]

mugiwara berkata...

pertama kali dengar opera band, kurang tangkap dalam kepala lah. mungkin kena dengar banyak kali baru serasi.

pertama kali dengar grey sky morning, oke juga dan rasa nak dengar lagi.

Si Aizuddin berkata...

Mugi,
oh oh. ok. kau layan je la. hahaha