Sabtu, 10 April 2010

Ikut Arus

Din sakit gigi. Jadi dia tak ada mood hari ini. Kerjanya serba tak jadi. Tak pasal-pasal Cik Nab Cleaner kena maki.

Cik Nab Cleaner baik orangnya. Dia tak layan majalah mangga. Pagi tadi dia lambat ke tempat kerja. Semua kerana angkara Yob Chelsea yang reti nak senyap bila tengok bola.

Yob Chelsea dah lama tak kerja. Mengabiskan duit mak bapak saja kerjanya. Kalau di kedai mamak Kaderr tu ada sajalah muka dia. Tapi dia dengan Johny Macha memang tak boleh bersua muka.

Johny Macha ni pak guard kaki ngumpat. Hobinya adalah mengutuk orang yang hidup merempat. Tapi kadang tu dia mengutuk tak bertempat. Kalau tak ada Ali Mamak dah lama Johny Macha dan Yob Chelsea ligat berlipat.

Ali Mamak adalah pemilik kedai mamak Kadeer generasi kedua. Dia sudah lama menduda. Dengar cerita dia nak berkahwin dengan janda anak dua. Kopi tariknya hari ini semua terlebih gula.

..............................................................

Din: Bos, bagi kopi tarik satu!

25 ulasan:

i_am_the_KING berkata...

kenapa yob chelsea?

btw, nice writings you got here.
:)

Si Aizuddin berkata...

King,
Simbolik. Sebenarnya chelsea tak banyak peminat. Yang minat chelsea tu biasanya ABM FC(Anyting but Man Utd).

Thanks :)

gReeN iS pEAce berkata...

haha..kejamkotkaunih..isk3

dila john berkata...

ni pantun versi cerita ke ape?
aku baca ni, sama macam intonasi aku baca pantun.

Ellie berkata...

Kesian Cik Nab Cleaner kan? Sama la nasibnya dengan kak E masa kerja entah apa2 dulu. Kata pembantu komputer, kejap kena mengajar,kejap jadik cleaner, kejap jadi kerani.

Pendek cerita diperkulikan habis-habisan oleh bos2(dan yang berlagak bos)

Huh!

ica berkata...

tergeliat otak aku.

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) berkata...

din tu kau.
kopi pun nak tarik. poodah. :P

oh farah berkata...

sume org x suka Man U.
eleh.. jeles la tu.

Si Aizuddin berkata...

Dila,
Haha! well, gua saja tulis macam ni. OK ke KO?

Ana Green,
Taklah sekejam israel.

Kak Ellie,
Bak kata pepatah, ada ubi ada batas. ada hari boleh balas. ada lori ada bas. ada hari kak Ellie langgar je diorang guna bas.

Ica,
Pihak kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kerosakan sel otak.

Affah,
Aku tak boleh minum kopilah bro. Terlebih minum boleh pengsan.

Leia,
Kan kan? Glory glory! Not arrogant, Just better.

saya; AISA. berkata...

kopi tarik? ha?

Si Aizuddin berkata...

Aisa,
Hai peminat kaffeine tak tau kopi tarik?

mirashi berkata...

kisah benar? O_o

Si Aizuddin berkata...

Mirashi,
Benar ke?

saya hakimah. berkata...

haha.
byk je idea nk bt story merapu.
teringat 1blog yg lbey krg same.
kapal terbang kertas
tp ownernye dh gve up blogging
nk focus study

nazrin zaidi berkata...

yob chealsea tu,
agak-agak bila last time dia makan nasi pakai straw?

panas aku dengar chealsea-chealsea nih.

Si Aizuddin berkata...

Hakimah,
Thanks.
Well, infom me kalau ada lagi blog2 yang sealiran dengan saya ok. Sangat berminat membaca imaginasi orang lain.

Nazrin,
Biasa dia makan nasi pakai selipar. Tapi pakai makan straw guna nasi cantik gak.

Fiffy berkata...

CHELSHIT. hahahaha

dila john berkata...

ok. tapi aku rasa macam kau saje nak berpantun tapi kau sembunyikan identiti pantun. sian dia ah.

Si Aizuddin berkata...

Fiffy,
Tak baik awak. Chelsex! Full of scandal.

Dila,
Haha. Kalau kau tengok tulisan aku yang lain pun ada lebih kurang begini. Macam ada rima diujung setiap rangkai kata.

puding roti berkata...

oh tak minat bola. mujur2

Si Aizuddin berkata...

Kak Puding,
Saya pun. Bujur bujur.

k.e.r.i. berkata...

aku rasa macam baca pantun yang dikerat-kerat.

Si Aizuddin berkata...

Keri,
Nasib baik bukan nasyid yang dibelah belah.

lumut berkata...

macam ade berbagai cerita yang berbeza....

ha nasyid berkerat kerat bile lg?
=p

Si Aizuddin berkata...

Lumut,
Actually, it is different story from every each of the characters. Saja di gumpal-gumpal bagi mereka terkait.

Lets do it! Hahaha!