Rabu, 21 April 2010

Jessica Amanda

Jessica Amanda tiada sebarang hubungkait dengan Jessica Alba mahupun Alamanda Putrajaya. Jessica Amanda hanyalah seorang budak perempuan genit berusia lima tahun. Jessica Amanda adalah anak kepada seorang pendatang asing warga Indonesia yang telah mendapat status permaustautin tetap selepas berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan yang tidak bertanggungjawab.

Soalan: Jessica suka pada lelaki hensem tak?
Jawapan: Tak.
Soalan: Kenapa tak suka?
Jawapan: Jessica tak nak kahwin.
Soalan: Kenapa tak nak kahwin?
Jawapan: Jessica tak nak mengandung.
Soalan: Kenapa tak nak mengandung.
Jawapan: Nanti jadi gemuk.

..............................................................

Soalan: Jessica dah besar nanti nak jadi apa?
Jawapan: Jessica tak nak jadi besar.
Soalan: Kenapa Jessica tak nak jadi besar?
Jawapan: Jessica nak jadi kecil je. Tapi mak tak bagi.
Soalan: Kenapa mak tak bagi?
Jawapan: Mak cakap, ingat senang nak jaga kau?

27 ulasan:

mirashi berkata...

bijop bena budop tuh:DD

tun teja berkata...

haha...

budak2 kecik..byak sangat pe'el

Si Aizuddin berkata...

Mira,
Minum dutchlady lah tu. Banyak DHA.

Tun Teja,
Budak kecil, berfikiran besar. Budak besar, tak berfikiran langsung.

ica berkata...

immigran...aku kasihan tapi kadang-kadang mereka membawa bahaya..

macam mana tu?bila budi bahasa budaya kita harus di timbang tara dengan keselamatan diri?

T.T
ni pengalaman pahit aku nih..huaaa~

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Tapi mereka juga manusia tiada bezanya dengan kita warganegara. Kecuali kad pengenalan.

Kalau nak jahat tak mesti nak tunggu immigran baru jahat.

Kita bersangka baik saja pada semua. Walaupun aku selalu judge orang.

ica berkata...

*angguk-angguk sambil mengalir air mata pasrah*

gReeN iS pEAce berkata...

jessica2..
boleh pulak cmtu..
kalau org len pon tanak gak asyik menghadap budak kecik yang banyak songeh..

bagi makan songel je..:D

Si Aizuddin berkata...

Ica,
Pesanan khidmat masyarakat itu tadi dibawakan khas oleh Prof. Aizuddin.

Ana Green,
Kalau abang yang kerja dekat McD tu dah lama dia belanja kau aiskrim Jessica.

hananchiwi berkata...

asal aku rasa macam jessica tu patot diganti dgn aizuddin ja.

Si Aizuddin berkata...

Hananchiwi,
Tapi Jessica gadis. Aizuddin jejaka kacak. Macam mana nak diganti?

hananchiwi berkata...

kasi potongg. heh

Si Aizuddin berkata...

Hananchiwi,
Erkk.. Saya masih ada impian nak berkahwin ada anak 4 orang 2 laki 2 perempuan yang comelcomel kacakkacak cantikcantik belaka.

mugiwara berkata...

suka soal jawab ke-2.



nak cari peterpan untuk ikut ke neverland~

LORD ZARA 札拉 berkata...

hahaha~

tapi kalau ikan lumba2 tak besar, tak boleh main2~

sob3~

Si Aizuddin berkata...

Mugi,
Michael Jackson pun ada Neverland.

Lord Zara,
Tapi kalau ikan jerung tak besar? Boleh ke nak main-main?

puding roti berkata...

hahaha. brutel mak jessica

Si Aizuddin berkata...

Puding,
Mak dia dulu layan Metalica tu.

Kak Ellie berkata...

Nak ambil Jessica jadi anak angkatlah

:)

Si Aizuddin berkata...

Kak Ellie,
Amboi! Habis duit hari-hari untuk aiskrem dia saja nanti.

saya; AISA. berkata...

nasib mahu jaga. yang tak mahu jaga tu? buang dalam tong sampah. darah daging sendiri bikin macam pampers pakai buang.



kesian. :|

Si Aizuddin berkata...

Aisa,
Amboi marah! Sabar cik Aisa. Itulah yang saya cuba cerita disini. Jessica tak mahu mengandung. Dia tak mahu buang baby.

nazrin zaidi berkata...

apa jessica harus jauhi orang kacak macam kau?

rugi la.....

Si Aizuddin berkata...

Nazrin,
Tu lah. Sebenarnya aku cuba nak ngorat dia. Mana tau boleh booking ke.

kaxx berkata...

Semua orang komen. Tapi aku lambat komen. Maafkan aku Jessica Amanda. Dah besar jadi cantik nanti datang cari aku. Kita kahwin dan cakap itu sudah jodoh kita.

Si Aizuddin berkata...

Kaxx,
Nampaknya aku ada pesaing.

where berkata...

soalan: jessica suka siapa? daniel radcliffe ke kaxx?
jawapan: kalau mereka sanggup berpoligami..=P

Si Aizuddin berkata...

Wangwang,
Poligami lebih bagus dari berpolitik.