Satu hari Geng Jahat Taman Sebelah telah menghantar surat cabaran kepada Geng Kumpulan.
Geng Kumpulan: Si Budak, Si Kepala, Si Badan
Geng Jahat Taman Sebelah: Kamen Rider(Kapten), Makhluk Berbulu(Bendehari Kehormat), Bezita(AJK), dan ahli-ahli kecil yang lain.
Cabaran dari Geng Jahat Taman Sebelah tidak diendahkan oleh Geng Kumpulan untuk memelihara integriti geng mereka.
.............
Geng Jahat Taman Sebelah tak puas hati. Membuak-buak rasa hati beserta pankreas mereka dek kerna kelihatan mereka seperti diperolok-olokkan oleh Geng Kumpulan.
"Kita perlu mengambil langkah yang lebih agresif lagi proaktif",
kata Kamen Rider kepada anak buah-anak buah beliau.
Suatu pagi,ketika Si Budak dan Si Kepala sedang bergotong-royong memburu berudu. Satu biji peluru putik jambu berdezup hinggap ke dahi Si Kepala. Berjendullah jawabnya dahi beliau.
Maka berderaulah darah Si Budak melihatkan sahabatnya diperolokkan sebegitu rupa sambil mengeluarkan api kemarahan yang mengelilingi badannya ala-ala Super Saiya gitu(Rujuk Dragon Ball Z).
"Komfem, ini memang kerja Geng Jahat Taman Sebelah".
Si Budak berkata merujuk kepada peluru putik jambu sebagai bukti sambil menutup telinga menahan rengekan Si Kepala.
"Jika perang yang mereka mahukan, Ya! maka peranglah yang mereka dapat!"
[teruskan sokongan anda kepada Si Budak dan Geng Kumpulannya, bersambung dientri akan datang]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
7 ulasan:
geng jahat taman sebelah~
ayuh! >> kata incik tomatoman
Mugi,
huh, mahu bertempurkah. Marilah!
aik,kamen raider pon ada?
pelik ni;)
Mira,
takde yg peliknye. Kamen Rider tu dulu kan duduk kat umah sewa blkg masjid.
aku tamau~
incik tomatoman yang ajak~
ok. skrg rs mahu bertempur. bertukar!!!
Mugi,
incik tomatoman kem salam. :D
Puding,
Henshin!
(Sila rujuk Kamen Rider Kabuto)
Catat Ulasan