Karim baru pulang ke rumah.dengan muka kecewa bercampur marah kerana pasukan kegemarannya Manchester United kalah kepada Barcelona dalam final juara-juara Eropah.Ditambah dengan panasnya kepada mamat fans Barca yg duduk di meja sebelah tadi.
Matanya terus keatas meja sebaik saja dia buka pintu. Satu bucket kfc dgn satu kotak nugget terhidang dan senaskah metro hari ini terdampar di atas meja. Karim menggapai metro tersebut dan terus menyelak setiap muka surat. Tiada apa-apa yg ingin dibaca.
Mak tertidur atas sofa.
Radio dibiar terbuka.
Lagu Adibah Nor, tajuk tak tau.
"Biarlah," bisik hati Karim.
Di ambil pinggan dan di letak seketul ayam kfc. Karim mengambil 3 ketul nugget dan di letak atas pinggan. Satu ketul nugget terus kedalam mulutnya.
Ketika dikunyah ayam kfc yang dicicah dgn sos cili di dalam mulutnya, bayangan lionel messi menjaringkan gol barca terus terbayang-bayang berulang kali dari setiap sudut mcm playback dalam tv. Terus dilumat ayam kfc itu dan menelannya.
.....
.....
Karim termenung. di atas pinggan nya hanya tinggal sisa tulang ayam kfc.
"Mesti akak dapat gaji hari ni"
"Boleh beli kfc bucket siap,"fikir Karim seorang diri.
Lagu Nora pula bermain di radio. tajuk apa entah.
Mak peminat sinar.fm, layan sajalah.
Karim bersihkan meja. Pergi ke dapur. Buang sisa tulang kedalam tong sampah.Letakkan pinggan diatas sink. Masuk ketandas. Tak baca doa. Keluar tandas. Tak baca doa.
Satu lembaga didepan tong sampah. Sedang membelek-belek apa entah dalam tong sampah tu. Karim amati lama-lama lembaga tersebut.
"Oh, jin makan tulang rupanya".
Karim gosok gigi di sink. baring atas katil. dan tidur.
"Season depan masih ada"
Isnin, 6 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
6 ulasan:
err cool gila karim
karim mmg glory2 la
Ye cik Dyana. beliau memang cool
Yes glory glory
ini adalah kisah benar atau pun fiksyen semata?
ini kisah benarr.aku yakin
agak benarlah. hehe
Catat Ulasan