Dia adalah istimewa.
"Istimewa" disini bukanlah merujuk kepada seorang yang mempunyai wallet yang berisikan kad OKU.
"Istimewa" disini bukanlah menyatakan dia sedang dicintai oleh seorang mat rempit secara rahsia.
Betul,Dia benar-benar istimewa kerana dia amat berbeda dengan rakan-rakannya yang kurang istimewa.
Istimewanya kerana dia dikurniakan power untuk melihat aura. aura seperti, aura cik Joyah yang sedang blushing selepas menerima surat cinta dari kekasih gelapnya,atau aura Pak cik Hamid yang dipenuhi amarahnya kepada pencuri selipar ketika waktu pulang dari solat Jumaat, atau aura beattle yang sedang berahi untuk mengawan, auralah.
Merantaulah dia kerna dituduh cuba membaca aura gatal Ketua Kampung yang mahu berpoligami buat kali keempatnya.
Sehinggalah dia bertemu aura yang amat pilu, sangat pilu.
Aura yang terpancar dari sebuah bukit. Ya, bukit itu sedang pilu.
Dia tergamam. Terpaku dia dikaki bukit itu selama 13 jam. Terguris hatinya menggamit kepiluan bukit itu.
Diteguhkan pendirian. Dikuatkan semangat.
Ya, mulai saat itu tiada siapa dibenarkan menyakiti bukit itu lagi.
Kerna dia sanggup melakukan apa sahaja, seperti menggigit tayar lori balak yang keluar masuk kampung, mencuri minyak chainshaw pak Mail si pembalak haram, mahupun meracun rusa-rusa yang membuangkan sisa kumbahan dikaki bukit.
Dengan harapan bukit tidak lagi berduka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Resort Percutian Mesra Keluarga Ofisial website: Tasik Villa International Resort Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sof...
17 ulasan:
x phm. hee
kena smbg lg nih ;p
Tunggu lah Khayalan terus tergenerate
saya nak berkenalan dgn yg istimewa ni
Dyana. saya terpaksa menghampakan anda.
kesian..citer ini adalah rekaaan semata2..owner blog ini tak akan meng'approve'kan komen ni..harap maklum
weyh..cadangan.cadangan dari bakal abang ipar..
sila upload gambar2 menarik untuk tatapan mata.untuk menjadikan pengembaraan lebih menarik.
sekian.
Tanpa nama,
ini mmg entri karut pun tq
Ochs,
Jgn risau. saya memang bcadang utk buat begitu.
Sedang menanti SLR smpi.
tak mahu bergantung pd pakcik Google semata
bersetuju dgn respon drpd bakal kakak ipar,haha;p
entri ni mcam soalan addmath
susah nk pham
tp seronok ditatap
entri ini sama dgn keserabutan otak si narator yg berkhayal bukan2 semasa di tandas.
oh dpt inspirasi dlm toilet
ganas;)
Dlm toilet dengar suara memanggil.
suruh tulis blog sebegini. itulah jadinya.
suara memanggil?
tu lagi ganas tu
kanan atau kiri?
shiamira.
blakang lah.
mungkin blakang tandas.
blakang tandas ada bukit.
mungkin bukit itu yg mendesak.
baca reader digest atau national geographic dlm toilet sgt berbaloi k.
silalah tahu.
ochs,
baiklah faham
entri yg baik...khayalan yg bagus...camner rrr nak jd bdak istimewa tu...best woo ader aura...
nikaizat,
perlulah jaga diet,exercise selalu utk stamina dan bertapa dlm liang lahat selama 7 tahun.
Insyaallah(dont try this at home)
Catat Ulasan