Sabtu, 5 Disember 2009

Dari Minda Si Penjaga Ular

Abang Hafiz adalah seorang penjaga ular.
Di Taman Haiwan Grosper.
Abang Hafiz bersama ular sawa beliau.
Kelihatan sedang menyambut para tetamu.
Hari itu seorang remaja kurios datang bertanya.

Remaja Kurios = RK
Abang Hafiz = AH

RK: Abang. Saya nak tanya sikitlah. Boleh?
AH: Boleh. Tapi sikit saja tahu.
RK: Ok. Macam mana abang boleh jaga ular-ular ini ye bang?
AH: Oh. Ular-ular ini simpel saja. Mereka macam perempuan juga. Mula-mula kau kenalah pikat mereka. Bila mereka sudah percaya pada kita. Jagalah dengan penuh kasih sayang. Kalau sekali kau buat tahi. Sampai mati mereka membenci kau. Jadi kau perlu menanam semula kepercayaan itu dari awal semula. Jangan sesekali beri mereka peluang menggigit kau. Kerna sekali mereka dapat menggigit kau. Maka mereka akan terus menerus menggigit kau.
RK: Amboi. Banyaknya jawab. Boleh tanya satu lagi soalan bang?
AH: Apa dia?
RK: Ular sawa memang suka makan kepala dulu ya?

Kelihatan remaja tersebut sudah siap terbelit dengan separuh kepalanya berada didalam mulut ular sawa tersebut.

17 ulasan:

AISA. berkata...

kejam betul si sawa.

M berkata...

hahahahaha
xD

Unknown berkata...

wow...
bahaya tue!!!
kepala dalam mulut...huhu
malam2 nie otak aku menjadi "senget"



p/s:tlg keluarkan kepala dari mulut ular sawa

Aizuddin Jaafar berkata...

Aishah,
Tak lah kejam sangat. Lagi kejam emak yang buang anak.

Mirashi,
hohohoho XP

Tengku fir,
Biar senget. Jangan terbalik
Baiklah.

mata kaca berkata...

smart sangat..
disebabkan hanya separuh kepala RK je yang berada dalam mulut sawa maka dia masih boleh berkata yang santun kat abg hafiz..
huhu..kirim kn salam kt abg hafiz..tp klu dia tak selamatkan RK kirim penerajang je la...=p

Aizuddin Jaafar berkata...

Mata Kaca,
Ya lah. Kalau dah masuk semua tak ada lah bersuara lagi kan? Ye dok?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

err...

perlukah aku telefon bomba?

atau peniup serunai??

zixol berkata...

bleh plak RK cakap dlm mulut sawa tu

nazrinzaidi berkata...

kuriositi mengundang padah.

DyanaYunus berkata...

hahaha abg hafiz ni kecoh nak explain panjang lebar kaitkan dengan perempuan sampai tak sedar ke budak kurios tu kena makan? sadis

puding roti berkata...

takut

Aizuddin Jaafar berkata...

Lord Zara,
Perhilitan. Mungkin Perhilitan.
Bomba pun apa salahnya

Azizol,
Boleh kot. Tak salahkan? Haha

Nazrin,
Betul, Bak kat pepatah mat saleh, kurios nya si kucing membunuhnya

Dyana,
Fokus sangat. Tak perasan

Puding,
Takut apa? bukan ada lipas pun

kurakura berkata...

haha. kesimpulan : jgn byk tny.

Guten Tag berkata...

hahaha..part nih buat aku tergelak.

Aizuddin Jaafar berkata...

KuraKura,
Konklusinya, jangan banyak jawab juga

Guten Tag,
Gelak saja lah.

Amirul Rezza berkata...

Hahaha. You know, you should do comics.

Aizuddin Jaafar berkata...

Amer,
Already did. =]

Catatan Popular