Jumaat, 25 Disember 2009

Senyuman Dalam Gerimis

Sila guna imaginasi anda:

Seorang Jejaka ondewei berjumpa Kekasihnya.
Di KLCC. 2 menara tinggi yang macam rebung.
Of koz hatinya girang.

Ketika di Elarti.
Seorang mat Bangla menghampirinya.
Memohon simpati.
Tak cukup duit untuk membayar tambang.
Ok. Dihulurkan not hijau sekeping.
Sambil tersenyum Jejaka memberi.
Lantas mat Bangla berterima kasih.
Sejuta kali terima kasih. Lebih kurang.

Ketika menunggu teksi.
Kelihatan si buta.
Terpingga-pingga.
Dihadapan seekor anjing auk auk.
Jejaka dengan selamba.
Mencampak tulang tangan kirinya.
Mengalih tumpuan anjing auk auk dari si buta.
Para hadirin bertepuk tangan.

Sampai di KLCC,
Seorang budak berlari-lari.
Dan tergelincir di tangga.
Si Jejaka dengan selamba.
Melompat dan menyambut si budak.
Terselamat dari terentak otaknya.
Para hadirin bertepuk tangan.

Then, telefon bimbitnya berbunyi.
Kekasih telefon.
Dan. Cancel dating.
Ada hal penting katanya.

Jejaka senyum dan terus berjalan pulang.
Gerimis turun.
Jejaka terus tersenyum.

12 ulasan:

M berkata...

alahai
xblh bla part yg menymbut bdk dri 'kerentakan' otak tu
haha xD

ps: xtau samada nk kesian or what ending cerita ni.hahahaha x)

Unknown berkata...

ouwwhhh
melampaui ruang lingkup imiginasi klu ader org begitu ingin berkenalan

AISA. berkata...

wauh. tragis sungguh.
tabah jela.

Aizuddin Jaafar berkata...

Mirashi,
Mula-mula kesian. Lepas itu sama-sama kita gelak.
Tengku Fir,
Ada. Tunggulah satu hari nanti

Aishah,
Tragedi disember. Tabah di sabah

fatah85 berkata...

sepatutnya, jejaka pergi menghantukkan kepala kat tangga klcc. kasi retak. baru cool.

sepatutnya, jejaka pergi ambik balik not hijau daripada mat bangla. batu nampak berpendirian.

sepatutnya, jejaka ambil tulang belah kanan, ketuk anjin sampai hancur. baru hensem.

kesimpulannya, jejaka perlu sentiasa tabah dan terus cool, berpendirian dan hensem, lepas tu, baru lah boleh tersenyum dan menapak pulang sambil menadah gerimis guna mata. buka spek dahulu. baru pedih.

nazrinzaidi berkata...

jejaka terus tersenyum.

tidak mengapa seorang tak jadi.

tinggal lagi 2.

:)

DyanaYunus berkata...

dah gunakan imaginasi sebaik mungkin. gila macho jejaka tu auwwhhh relax je cancel dating

puding roti berkata...

anjin auk auk itu kiyut

dan lelaki itu sgt kasihan. tp kelihatannya tidak memerlukan proses pemulihan hati. hebat

norfaridahanum berkata...

teruskan tersenyum.
keputusan yang bijak =)

Aizuddin Jaafar berkata...

Fatah,
Itu yang sepatutnyalah.
Tapi yang berlaku tak semestinya yang sepatutnya.

Nazrin,
Senyum selagi mampu rakan.=]

Dyana,
Tahniah. Kandungan DHA dalam otak anda sangat bagus.

Puding,
Kiyutlah juga. tapi haram tak boleh pegang. Tak perlu terapi selama 3 bulan pun.

Norfaridah,
Kita buat apa yang termampu kawan

-err, berkata...

hmm.
i wish i know how u see da world.
and i'm trying to see the world differently like u.
tp, still the same. bumi itu sfera.
haha. ttbe nk bce ur works from da start. looking for a lost semangat to stdy. huhu. btw, five stars la. thumbs up :)

Aizuddin Jaafar berkata...

Hakimah,
Thanks. Just berangan semasa lecturer mengajar didepan atau ketika sedang tunggu meggi siap dimasak. Dan taip.

Catatan Popular