"Telefon! Telefon berbunyi!"
"Telefon! Kami datang!"
Bait bait lagu dinyanyikan Wonderpet sebelum menjalankan misi menyelamat mereka berlangsung kini di television. Aku baru pulang dari kerja tengahari itu dan rumah aku kosong. Mungkin mama pergi ke rumah kawan dia nak minta serai untuk masak kari kepala sotong untuk makan malam nanti. Dan papa seperti biasa bekerja bagi mencari sesuap kfc untuk kami sefamili. Adik-adik aku ke sekolah. Mungkin sedang mengorat awek di kantin sekolah atau sedang tidur dalam kelas sejarah.
Aku hanyut dalam bait lagu Wonderpet sehingga dalam tidak sedar aku telah tidak sedarkan diri. Atas sofa rumah berbumbungkan kipas syiling aku perlahan-lahan terbenam ke alam mimpi.
.....................................................
Telefon rumah aku berbunyi. Kuat.
[Bayangkan bunyi telefon berdering]
Aku masih mamai mamai lagi. Malas nak menjawab. Dan langsung telefon senyap selepas beberapa ketika memekak. "Hello?" Aku dengar suara mama menjawab panggilan. Aku lega, bolehlah aku sambung tidur. "Angah, bangun. Ada panggilan untuk angah." Mama kejutkan aku. Dalam hati aku dah meyumpah sesumpah manalah yang tak boleh tengok aku lena ni. Aku menyambut ganggang telefon dari mama. Aku tanya "Siapa?". Mama aku diam dan terus masuk ke bilik.
"Hello, siapa ni?"
"Hello angah, Mama ni."
[Bersambung]
Khamis, 25 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
22 ulasan:
hahaha..
boleh pulak macam tu
Ana Green,
Boleh boleh. Kenapa pula tak boleh. Ada sambungan. Malas nak taip panjang-panjang. Esoklah.
peh to be continued.
ini sudah saspen.
aku syak ini pun cerita angker.
Nazrin,
HAHA aku malas nak sambung.
Angker kot. Aku rasa.
kah kah kah..
apakah??
mak tak bagi tidur??
XD
oke sambung jangan tak sambung..
Ica,
Em, mungkin kelihatan begitu tapi bukan begitu.
sungguh berhemah cara mama ko kejut ye..kagom
mimpi dalam mimpi mungkin..
Azizol,
Budi bahasakan budaya kita?
Cik Hitam,
Mungkin juga. Hmmm :)
din,
kau suka macam ni kan.
hohh.
macam ada 1 entri kau yang lepas,
atas2 ok je.
ending dia buat aku bergenang air mata sikit.
seram.
demit.
mama ko buat lawak ke apa?
Shax,
Chill la shax. Aku dalam percubaan nak tulis cerita seram ni. HAHAHA.
Keri,
Err.. Ya kot. Boleh masuk Raja Lawak
cepat sambung..haha..
alaaa..kalau macam ni..bila aizuddin dah buat buku nanti la baru baca..kalau gini saspen je manjang..
eii..takot
Ana Green,
Malam nilah. Baru bangun tidur ni. HAHAHA
Aishah Conteng,
Hahaha, tak berniat nak buat saspen saspen. Malas nak taip je. Malam ni sambung.
Puding Roti,
Macam tak takut pun. Hahaha
ni dah malam ni encik aizuddin..hehe..rimas tak ada peminat macam ni?
Aishah Conteng,
Ye dah tengah malam. Kenapa? Tunggu sambungan ke? Nak tulis lah ni. Jap jap.Hehehe
haha..baru bgn tido..ni manusia ape nih??:D
Ana Green,
Dah dah sambung dah. tak berapa nak ada mood menulis. Jadi hasilnya bukan dari sepenuh hati. Hahaha sori.
jangan lupa sambung lagi sambungan itu..dan dikhuatiri akan ada sambungan lagi selepas itu..so jangan lupa buat smbungan lagi..
ok..otak dah clumsy sebb esok ade test..:D
Ana Green,
Baiklah. Saya cuba. Tengoklah esok kalau ada mood.
Goodluck for ur test
Catat Ulasan