Bangun pagi aku mandi. Siap siap nak menjalankan misi. Macam misi-misi yang lain, aku tenang saja menghadapi misi kali ini. Objektif misi kali ini adalah menumpaskan sindiket Yossi Boyka. Aku kenal Yossi Boyka. Dari dulu lagi aku asyik kena kelentong dengan dia masa main daun terup.
Ok, mula-mula aku kena cari informasi dulu. Tempat yang paling sesuai untuk cari informasi pasal Yossi Boyka ni adalah McGonald. Orang jahat selalu berkumpul di sana malam-malam sambil makan makanan yang tak berkhasiat. Jadi aku selaku ejen yang berminda cerdas pun menyamar jadi orang jahat pergi masuk McGonald.
Masa beratur nak order makanan tu, aku saja beratur belakang Jack Kapcai. Jack Kapcai ni kira gengster kelas bawahanlah. Kerjanya jual dadih tanpa permit. Dia pernah beberapa kali ditangkap masuk lokap atas tuduhan menjalankan aktiviti parking haram. Aku tau dia pernah berkerja dengan Yossi Boyka beberapa kali. Sebab tu aku saja curi dompet dia.
Sampai turn dia nak bayar order, menggelabah dia cari wallet dia. Muka pucat habis macam ayam berak kabur. So aku pun mainkan peranan aku.
"Cari apa bro?" Aku tanya.
"Jap, aku cari wallet aku ni. Mana aku letak ye." Dia jawab.
"Takpe lah, meh aku bayarkan." Balas aku acah-acah mulia.
"Arigato lah bro. Murah rezeki kau. Wallet aku hilanglah. " Dia jawab. Aku senyum. Lepas tu aku duduk satu meja dengan dia. Sambil-sambil dia makan tu dia tanyalah aku, "Kau bukan orang sini kan? Tak pernah nampak pun." Sapanya pura-pura ramah, termakan budilah katakan. "Haah, aku tengah cari abang saudara aku yang dah lama hilang. Mak dia sakit kat kampung. Dengar kabaunya dia menetap kat area sini." Jawabku membina helah. "Oh ye ke, aku kenal semua ahli komuniti area ni. Mungkin aku boleh tolong. Siapa nama dia?" Tanya Jack Kapcai lagi. Memang aku sengaja pancing dia suruh tanya soalan tu.
"Yossi Boyka." Sambil terus memainkan peranan aku menjawab. Tersedak Jack Kapcai sebaik saja aku sebut nama Yossi Boyka.
..................................................................
Di satu sudut yang lain. Yossi Boyka pun tengah tersedak-sedak ketika menikmati kopicino di kedai kopi terkemuka Starbak.
(Sambung)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Ketika aku makan biskut kering cicah air kering. Aku terfikir sambil perlahan biskut kering yang telah basah itu terjelepuk lembik ke lantai...
12 ulasan:
hmm hmm. menarik menarik. kopicino ya kopicino ya. haha haha.
*apa hal semua nak double*
yossi boyka tu. tsk. sebenarnya (malas aku nak habaq) aku nak habaq yang dia (bukan) boifren aku time muda mudi dulu.
ptuih! HAHA.
weh, aku nak jadi ejen john boleh terjun terjun.
awk ni kan..geram rs nk cubit. comel tau tak?
Aisa Debiru,
Mungkin aku boleh siasat kau lak pasni.
Boleh, kau jadi Ejen Esoh.
Puding Roti,
Mak aih. Jangan cubit kuat-kuat tau. Sakit.
ejen esoh? taknak taknak.
Ejen Esok. ah kacaknya.
acah acah mulia. bagus tuh.
Ejen Esoh,
Baru la kacak jadi ejen. Pakai kot hitam berserta spek mate hitam. Fuh!!
Ejen Appah,
Memang bagus. Lagi bagus dari acah-acah sakit perut.
"aku kenal semua ahli komuniti area ni." - Jack Kapcai.
aiseh. kenapa Jack Kapcai ni tak kenal aku? ish mesti sebab aku ni baru lagi jual jual roti kat sini. hm. kena kerja lama sikit ni baru boleh buat Jack Kapcai kenal.
kah kah kah Ejen Appah alah alah comelnyaaa.
erk. ape pasal aku banyak komen di entri ni. sah takdak kerja. -__-"
aiyo. berdosa. curi walet orang.
Bangla Roti,
Mungkin sebab kau tak add dia kat facebook kot.
Aisa Debiru,
Mungkin kau teruja nak jaadi ejen kot.
Leia,
Ala nanti pulang la balik.
wah kau memang pemurah
mohon kau belikan aku prosperity burger satu
pesan keju lebih yer
Syahira,
Acah-acah je tu. So,tak perlu pasang harapan tinggi sangat.
Catat Ulasan