Sebelum tidur basuh kaki.
Ayie, seekor kucing jantan yang comel sedang berguling-guling diatas awan. Ayie gelak-gelak gembira sambil minum teh ais bungkus. Memang syok Ayie berguling. Awan gebu yang terkandung air-air yang disejat dengan bantuan mentari itu membasahkan setiap helai bulu Ayie.
Ayie kemudiannya terjun ke laut yang ada banyak penguin lompat-lompat dari permukaannya. Dan Ayie mendarat atas salah satu penguin yang memakai jersi Argentina bernombor lapan dan terus menunggangnya.
Penguin tersebut membawa Ayie menyelam kedasar laut dengan kelajuan maksima. Namun Ayie sempat juga mengunyah gula-gula getah walaupun sedang menunggang penguin pada kelajuan yang tak terkejar oleh mana-mana komet diangkasa.
Sesampai saja didasar laut mereka nampak ada paip bocor. Ayie terus menutup paip bocor dengan menggunakan gula-gula getahnya. Air laut terus surut.
Ayie mengerbang-ngerbangkan bulu-bulunya untuk mengeringkannya. Kemudian datang seekor koala hijau memberikannya tuala dan sekeping nota ringkas.
"Mak kau suruh bangun. Kalau kau tak bangun juga lepas ni dia kata dia nak jirus air panas menggelegak pula."
...................................................
Petang itu kelihatan seorang lelaki sedang memerah tilam di depan rumahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
12 ulasan:
jom perah tilam!
kah kah kah!
citer baek!
cis..len kali sebelum tidur tu sila tutup paip air..supaya air tak melimpah,.tilam tak basah.haha
tapi kalau ada tragedi kena siram air panas...lagi menarik crita ni!
Oh..kesian Ayie. Kalau tak bagun juga, melecur badannya.
Penderaan ni..
PS: Padan muka lelaki itu, sapa suruh bangun lambat ye tak hhehe..
Kak E
haha.
awak mengingatkan saya masa zaman kanak2 dulu.
masa imaginasi saya sampai kucing pun boleh jadi warna biru.
ternyata awak masih tak hilang sifat itu.
P/s:comel.
haha! kalo nk terkucil mmg kita akan mimpi psl air kan? hihi tomei gila
The Sastraboy,
Jom. Bayangkan tilam spring setebal 20 inci tu kita nak perah. Perghh!!
Fndrocka,
Mungkinlah. Kalau ada tragedi tersebut mungkin akan masuk berita tivi tiga.
Kak Ellie,
Moralnya sila bangun solat subuh.
Isya,
Saya memang comel. Terima kasih.
Kak Puding,
Jadi bila agak-agak termimpi pasal berenang tu sila cepat-cepat bangun.
Salam ayie, igtkan mimpi basah apa tadi.. ada sedikit suspen dan teruja sket.. hehe...saya nak mintak izin nk promote brg sket blh tak? Kenal tak sesiapa yang nak sambung belajar? Sama ada lepasan spm, ataupun diploma, nak buat degree, ataupun master.. biasanya mereka tunggu biasiswa jpa atau mara, kalau tak dapat biasiswa, mintak pinjaman pelajaran, ptptn dsb.. tetapi sebenarnya banyak lagi biasiswa yang mereka boleh mintak, cuma diorang tak tahu.. kalau masih belajar, dah dpt ptptn pun masih boleh apply biasiswa.. Sdr Anwar Yassin telah bersusah payah menghimpunkan himpunan lebih 40 biasiswa yang boleh dimiliki di Malaysia, dgn harapan lebih ramai orang dapat masuk universiti, terutama dari kawasan luar bandar. Untuk maklumat lanjut, boleh layari blog saya rahsiabiasiswa.blogspot.com.. Harap dapat sebarkan.. Terima kasih, maaf kalau mengganggu..
Rahsia Biasiswa,
Kalau biasiswa yang rahsia itu sepatutnya kita rahsiakanlah kan? Ye dok?
yelah sepatutnya kita rahsiakan, baru kurang competition dan senang kita nak dapat biasiswa tu, kan..
tapi takkan kita nak rebut semua, bagilah kat org lain sket... ada himpunan 40 biasiswa, bagaimana cara nak mintak, bila tarikh buka dan tarikh tutup.. kalau kita kongsi, ramai sket orang dapat masuk u, ye dok..
Rahsia Biasiswa,
Haah ye tak ye jugok.
haha.. >_<
Sumi,
>_< bajet comel la ni?
Catat Ulasan