Memang kecil-kecil dulu mak aku suruh aku jadi anak soleh. Aku pelik, aku kata, "Mak, tapi saya ni anak Jaafar?". Mak aku pandang aku kecil besar kecil besar je. Memandangkan masa dulu aku comel lagi, mak aku sabarkan ajelah. Walau bagaimana pun, kini aku dah besar, lagi tinggi dari mak. Giliran aku pula nak berjasa dengan mak.
Kadang-kadang aku tolong mak dengan bisnes dadihnya. Tolong-tolonglah mana yang rajin. Kalau tak rajin aku bantai tolong tengok je, sambil terbongkang bersama kucing gemuk aku tu depan tivi. Kadang tu mak aku suruh tolong kirakan dadih yang dah susun dalam kotak polisterin tu, aku kira baris dan lajur je, kemudian aku darab, senang. Memandangkan masa sekolah rendah dulu aku tak habis belajar terus skip ke sekolah menengah, kemahiran sifir aku bolehlah dikatakan suam-suam kuku je begitu.
Aku tanya mak, "Mak, tujuh darab tiga darab tiga, berapa?"
Mak aku jawab, "Gwiyomi".
Terasa seperti diperkotak-katikkan, sambil kecil besar kecil besar mata aku geram pandang mak. Mak rilek je lari-lari anak ke dapur sambil memegang senduk sambil gelak ehekhekhekhek.Sabarkan ajelah.
Sabtu, 20 Julai 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Resort Percutian Mesra Keluarga Ofisial website: Tasik Villa International Resort Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sof...
1 ulasan:
haha sumpah comel mak awk. hehe
mak sy dl pn nk sy pakai jubah pakai jilbab..tp biasa lah mcm tak dengar kata sikit sbb sy ada juga cita2 nak jadi penyanyi ms sekolah rendah tu lps pernah bercita-cita nak jadi misi dan juga ustazah
Catat Ulasan