Khamis, 13 Ogos 2015

Aku Yang Dulu

Aku baca,
Tulisan aku yang lalu.

2009. Tulisanku berkisar pada apa yang aku dan mereka disekeliling aku lalui dan terjemahkannya dalam tulisan imaginatif, dan aku putarkan kosa kata agar lebih banyak yang tersirat dari yang tersurat.

2010. Aku masih terapkan gaya penulisan yang sama, cuma aku serapkan lebih banyak idea dari karya kreatif orang lainnya yang aku rasa sesuai dengan apa yang aku faham. Berjalanlah aku mencari segala yang art, yang aku rasa dapat mencerna otak aku supaya terus di luar kotak.

2011. Cinta. Tahun ini tahun cinta. Musim bunga. Raikan ia.Dan cerita disini tentang si Dia. Yang manis-manis belaka. Makan garam rasa gula.

2012. Tak banyak penulisan disini. Cuma aku lebih gemar dengan pemikiran falsafah setelah diracuni kursus pengajaran di universiti. Bahan pembacaan aku berubah, tiada yang indie, tiada lagi buku fixie, yang ada Socrates, Al-Attas dan seangkatan dengannya.

2013. Disini masa aku bersama insan-insan yang aku cinta. Keluarga dan si Dia. Di ketika kerjaya baru saja bermula, fokus aku lebih pada material dan pendapatan. Stabelais. Mengenal erti rezeki. Mengenal erti hidup bertuhan.

2014. Tahun yang penuh dugaan. Yang tak ku ceritakan disini. Dan diseparuh jalan, jari jemari aku berhenti. Taip. Taip. Taip. Bekspes.

2015. Permulaan baru. Dan Alhamdulillah atas limpah kurnia Ilahi, berjaya kami lalui. Tiada lagi "Aku", yang ada hanya "Kami".


Harapan kami, jemari ini tak berhenti menaip disini. Semoga berjumpa lagi.

[2387 hari disini]
[194 post]
[21203 pageviews]
[258 pengikut]




1 ulasan:

ochs widdle berkata...

memang best baca balik tulisan lama.
kenang balik hidup lampau yang ada pelbagai warna.

lepas tu tengok balik masa sekarang.
teruskan menulis.
ni je kot medium yang kau boleh tengok balik pemikiran kau 5 tahun yang lalu.
ahaks

Catatan Popular