Kisah benar nukilan banduan Guantanamo |
Pasca serangan keatas Pusat Dagangan Dunia pada 9/11/2001, Amerika Syarikat telah mengumumkan perang habis-habisan kepada keganasan. Sedang mereka tidak sedar mereka juga adalah asal-usul keganasan tersebut. Pabila ia menyebelahi mereka, mereka panggil itu perjuangan, dan bila tidak, mereka panggil keganasan.
Mohamedou Ould Slahi, seorang lelaki yang berasal dari Mauritania, berpelajaran tinggi dan pintar. Berkebolehan bertutur dalam bahasa Perancis, Jerman dan Arab. Mahir dalam bidang elektronik, dah pernah menetap di Jerman serta Kanada. Beliau juga pernah menganggotai Al-Qaeda pada tahun 1990 ketika Afganistan memerangi komunis Rusia, perjuangan yang di bantu oleh Amerika Syarikat.
Namun begitu, 10 tahun berselang selepas beliau meninggalkan Al-Qaeda. Beliau ditahan beberapa kali tanpa sebarang pertuduhan oleh beberapa negara (penahanan yang diarahkan oleh Amerika Syarikat). Beliau disoal siasat, disiksa dan dipindahkan ke beberapa tahanan sebelum dilepaskan. Sehinggalah kemuncaknya, sekitar 2002 beliau diarah melapor diri kepada polis Mauritania dan dengan sukarela beliau memberi kerjasama, namun tanpa beliau sedari yang kebebasannya telah digadaikan oleh negaranya sendiri yang menyerahkan warga negara mereka sendiri kepada kuasa asing.
Selepas 3 tahun disiksa mental, fizikal dan juga seksual di penjara Guantanamo. Demi menghentikan penderitaan yang dilalui, beliau terpaksa mengaku segala kesalahan yang beliau tidak lakukan dan mengiyakan segala yang dipertuduhkan. Selepas itu barulah beliau dilayan seperti banduan, walaupun tanpa sebarang pengadilan. Dikesempatan itu beliau sempat menulis nukilan ini tentang pengalaman beliau, dalam bahasa Inggeris, bahasa beliau kuasai ketika beliau dalam tahanan dan ketika disoal siasat.
2008, mahkamah Amerika Syarikat membicarakan kes hobeas corpus Mohamadou Slahi vs tentera Amerika Syarikat dan mahkamah menjatuhkan beliau tidak bersalah dan mengarahkan beliau dibebaskan serta merta pada 2010. Yang mana kerajaan Amerika Syarikat mengemukakan rayuan dan terus menahan beliau sehingga 2016. 14 tahun ditahan tanpa pertuduhan, akhirnya Mohamadou Slahi dibebaskan pada 2016 dan kembali kepangkuan keluarganya.
Membaca nukilan ini menjadikan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada, tempat tidur yang selesa, makanan yang mencukupi, keluarga dan sahabat handai dan kemerdekaan jasmani dan nurani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan