Ahad, 4 Jun 2023

Cuti-Cuti Malaysia: Ke Sabah Ke Kita

Untuk percutian kali ini kami ke Sabah. Di sana kami akan bercuti bersama famili Bidin. Adik Fiqa, Aisyah dan suaminya, Bidin sekarang menetap di Sabah selepas Bidin dapat tawaran menjadi cikgu di Kota Marudu, Sabah. Di sebabkan jarak yang jauh, Ayra dan Syifa pun agak lama tak berjumpa dengan cousin mereka, Dhia, Deena dan Ali. Jadi kami pun plan percutian ini.

Hari Pertama: 31 Mei 2023

Kami memulakan perjalanan kami dengan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setelah menguruskan semua urusan imigresen, kami terus bergerak ke Kundasang untuk check-in di Lamin Kopio. Homestay dua tingkat ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, serta dapur dan tempat BBQ. Pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan dan suasana dingin tanah tinggi Kundasang benar-benar menenangkan jiwa. Untuk satu malam, homestay ini berharga sekitar RM430 dan boleh memuatkan 8-10 orang.





Hari Kedua: 1 Jun 2023

Pagi kami dimulakan dengan lawatan ke Desa Dairy Farm di Kundasang. Di sini, kami dapat melihat lembu-lembu yang diternak dan menikmati keju serta susu segar. Pemandangan ladang yang dikelilingi oleh Gunung Kinabalu memberikan pengalaman yang unik dan menyegarkan. Harga tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.

Selepas itu, kami menuju ke Fish Spa di Bombon Kg. Marakau. Pengalaman merendam kaki dalam kolam penuh dengan ikan yang menggigit kulit mati sangat menarik dan menyegarkan. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk merasai rawatan spa semulajadi yang menenangkan. Harga tiket untuk fish spa adalah sekitar RM10 per orang.

Kami kembali ke bermalam di Lamin Kopio untuk hari yang ke 2.




Hari Ketiga: 2 Jun 2023

Kami check-out dari Lamin Kopio dan menuju ke Jambatan Gantung Tamparuli. Berjalan di atas jambatan gantung ini memberikan pengalaman yang mendebarkan dengan pemandangan sungai yang indah di bawahnya. Ada juga dengar-dengar cerita mistik yang ada korban nyawa ditanam di tiang jambatan ini kononnya bagi melindungi jambatan ini. Di kaki jambatan ada persembahan muzik tradisional Sabah dengan beberapa orang menyambut pengunjung dengan pakaian tradisi.

Destinasi seterusnya adalah Walai Rabbit di Kota Marudu. Tempat ini sangat menarik untuk kanak-kanak dan pencinta haiwan dengan pelbagai jenis arnab yang comel dan mesra. Kami menghabiskan masa yang indah berinteraksi dan memberi makan kepada arnab-arnab di sini. Harga tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Selepas itu, kami tumpang bermalam di rumah Bidin di Kota Marudu. 











Hari Keempat: 3 Jun 2023

Kami check-out dari Rumah Bidin dan menuju ke The Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau. Tempat ini menawarkan pemandangan laut yang luas dan indah di mana Laut China Selatan dan Laut Sulu bertemu. Ia juga adalah point paling utara untuk pulau Borneo (pulau ke-3 terbesar didunia). 

Seterusnya, kami melawat Pantai Kelambu di Kudat yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan airnya yang jernih. Ia adalah tempat yang sempurna untuk beristirahat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Ada satu port yang satu jalan kecil menghubungkan pantai besar dengan satu pulau kecil disitu.

Untuk makan tengahari, kami singgah di Lokan Panggang dan Kelapa Bakar di Tuaran. Hidangan lokan yang dipanggang segar dan kelapa bakar memang sedap. 

Kami tiba di Kota Kinabalu dan check-in di Jesselton Quay. Homestay ini ada 2 bilik dan boleh memuatkan 5-6 orang. Ada juga kemudahan seperti gym dan swimming pool. Cuma walking distance sahaja dengan tarikan lain di Kota Kinabalu dan jeti (untuk ke pulau-pulau)

Pada waktu malam, kami menikmati makan malam seafood yang segar di Pasar Filipina, yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan laut yang enak dan harga yang berpatutan.

















Hari Kelima: 4 Jun 2023

Hari terakhir kami di Sabah, pagi tu kami pergi membeli-belah di Gaya Street, di mana terdapat pelbagai gerai yang menjual barangan kraftangan, cenderahati, dan makanan tempatan.

Kemudian, kami melawat Lok Kawi Wildlife Park untuk melihat pelbagai jenis haiwan liar dan burung. Taman ini sangat sesuai untuk pengunjung yang ingin belajar tentang flora dan fauna di Sabah. Harga tiket masuk adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Persembahan haiwan biasanya diadakan pada pukul 11:00 pagi dan 3:00. Yang paling rare disini adalah proboscis monkey (monyet yang hidung mancung tu). Biasanya, sekitar 2-3 jam untuk pusing keseluruhan zoo ni. 

Bergaya di Gaya Street





Akhirnya, kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, membawa bersama kenangan manis dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang percutian kami di Sabah.

Semoga catatan perjalanan ini memberi inspirasi kepada anda untuk merancang percutian yang serupa ke Sabah, destinasi yang penuh dengan keindahan alam dan kaya dengan budaya.

Ahad, 26 Mac 2023

Bangkit

Tak apa, jika kau rasa murung. 

Tak apa, jika kau perlu menangis. 

Tak apa, jika kau mahu jerit sekuatnya. 

Tak apa, jika kau jatuh tersadung.

Yang penting, 

Diakhir semua itu, 

Kau bangkit kembali, 

Lihat kedepan, 

Dan terus mara. 

Sabtu, 4 Mac 2023

Sabtu, 25 Februari 2023

Explorasi Geng Lapo: Ke Lata Medang (Tak Sesat), Kuala Kubu Bharu

Andai kata ada pengikut setia (eceh) eksplorasi Geng Lapo, kami mohon maaflah kerana lama tiada khabar berita, sebab kami ni perancangan tu memang ada, tapi yang lebihnya bersembang, jadinya kadang-kadang.

2 Mac 2020, Geng Lapo pernah bercadang nak mendaki ke Lata Medang, tapi tersesat ke Lubuk Makau (nasib tak sesat sampai Gua Musang). Boleh baca kisahnya di SINI

Begitupun, ada percubaan kedua ke Lata Medang ni sekitar tahun 2021. Namun aku selaku pengarang tidak turut serta jadi tiadalah entry untuk itu. Cuma 5 ahli Geng Lapo yang menyertainya. Dengar cerita havoc juga trip yang itu.

11 Feb 2023, percubaan kali 3 Geng Lapo ke Lata Medang. Kali ini dengan penglibatan yang lebih meriah berbanding pengembaraan-pengembaraan yang sudah. Bagi membuka cerita, adalah lebih elok jika aku perkenalkan serba sedikit peserta untuk trip kali ini.

Ahmad @ Ketua Pengakap
- Bertanggungjawab merangka jalan kerja untuk ekspedisi ini
- Berkebolehan berenang umpama dugong

Aizat @ Ex-scammer
- Admin group whatsapp yang bertanggungjawab
memadam post-post yang tak berkualiti
- Punya bekalan quote dan perumpamaan yang
 tak berpenghujung

Tn. Farid @ Oyed
- Jejaka alpha (acah) yang mementingkan gaya
- Anak jati USA yang makan roti canai cicah gula

Hazim @ Chef
- Pemegang rahsia resepi kambing perap bertaraf dunia
- Pelari marathon yang sebenar

Lan @ The Legend
- Otai perhutanan yang sebenar
- Pembekal keperluan barang hiking sebab
 yang lain takleh harap 

Fadzli @ Gymbro
- Terkenal dengan tagline 'nilai murni tak ada limit'
- Jejaka idaman makcik-makcik

Shahir @ Abe @ Chick Magnet
- Pembaca tegar manga
- Berbakat semulajadi dalam bidang mendelegasi kerja
- Hero gadis-gadis

Ahmad Fahmi @ Pawang Api
- Tukang hidup api professional 
- Atlit tak rasmi merangkum ikon sukan Geng Lapo

Hakeem - Watak Baru
- Mudah terhibur walau dengan punchlince hambar
- Kembali ke habitat bila didalam air terjun

Bak kata pepatah, 'hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Walaupun tiada kaitan dengan explorasi ini, tapi sengaja aku nak selitkan. Belajar dari kesilapan lalu, kami mengubah percaturan bagi mengelakkan member tersidai dan juga pengembaraan bermula terlalu lewat, kami mula bergerak keluar dari rumah masing kira-kira 4.30 pagi dan berjumpa terus di Masjid KKB pada waktu subuh. Usai solat barulah kami bergerak mencari sesuap sarapan buat melapik kelaparan.

Lepak sarapan, kedai art berat depan pasar KKB

Setel hantar permit

Starting point, kita buat sampai jadi

Syetel makan, kami hantar permit ke balai polis KKB kemudian bergerak terus ke Sungai Pertak, Antara kos yang perlu diambil kira adalah kos permit - RM5 sekepala, masuk Sungai Pertak - RM1 sekepala, masuk parking dalam - RM5 sekereta (optional). Kemudian kami mendaki masuk sedikit dan pasang kem di Lata Jebus, berjumpa dengan tuan tanah dan setelkan mana yang patut. Kos masuk RM3 per kepala, dan RM20 per khemah kecil, RM35 untuk khemah besar.

Upacara penaikan khemah

Ada yang function ada yang 'macam' function

Pendakian ke Lata Medang bermula jam 8 pagi, trail dia ni kira intermediate lah, tak jauh sangat cuma agak memacak (berita buruk buat mereka yang lutut kaput). Kerana malas nak menaip jalan detail trail ke sana, korang boleh baca di SINI. Jam 11 kami sampai di Lata Medang, jadi lambat sebab berhenti lama di Lubuk Mecu sambil menunggu mereka-mereka yang terkebelakang (golongan kaput), biasa dalam 2 jam patut dah boleh sampai. 

Epik air terjun dia weh
Siap tapau teh O panas
Dulu semua Geng Lapo sado gini la
Air terjun dia MashaAllah cantik, nak dijadikan cerita, aku memang tak sabar nak masuk mandi, sampai terlupa buka spec sebelum masuk, sudahnya hanyut kena sapu dengan air terjun tu. Air nya boleh tahan deras dengan kolam yang kecil, aku memang tak berharap dapat jumpa dah. Tapi mengenangkan aku yang drive balik nanti, usahakan juga lah mencari tu, atas usahasama rakan-rakan, jumpa gak spec tu. Ibarat mencari jarum dalam semak, hero kita Abg Lan @ Otai Perhutanan yang jumpa. Nampak beza ilmu dia tu dengan kami yang lain.
Sebelum, semasa, dan selepas kejadian
Usaha pencarian spec sedang berlangsung

Dalam sejam mandi-manda (sambil mencari spec), kira-kira 1 lebih kami gerak turun kembali ke Latar Jebus. Dalam jam 3 petang sampai. Upacara pembakaran barbeque pun dimulakan, seperti biasa dirasmikan oleh pawang api kita Ahmad Fahmi. 

Upacara pembakaran kambing sedap kebabom
Tengok cara susunan tu pun memang art dah
Lepas makan sambung berendam kat Latar Jebus, lepas tu sambung makan balik, kira-kira jam 4 lebih, hujan renyai-renyai turun, dan kami pun beransurlah turun selepas selesai mengemas tapak kem.
Berendam lagi
Selesai, till next time
Lata Jebus


Rabu, 15 Februari 2023

Cuti-Cuti Malaysia: Trip ke Langkawi

Day 1 (12 Januari 2023): Percutian kami bermula dengan penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK). Setelah tiba, kami menyewa kereta Axia untuk 3 hari dua malam dengan harga RM190, senang untuk pusing satu pulau.

Destinasi pertama, kami melawat Crocodile Adventure Park Langkawi. Taman ini bukan sahaja mempunyai buaya, tetapi juga pelbagai haiwan lain. Yang paling best, pertunjukan dinosaurnya. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM36
  • Kanak-kanak: RM25

Kerana melayan Waknat TV, kami pun pergi cari kedai makan yang diorang makan, makan tengahari di Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran lapangan terbang dan Peneram Kak Yan yang terletak berhampiran Jambatan Kuala Muda. 

Seterusnya, kami check-in di Myrus Hotel dalam RM350 satu malam. Hotel butik ini mesra kanak-kanak dengan reka bentuk igloo yang unik dan pelbagai tema seperti dinosaur dan kartun. Hotel ini juga menyediakan kolam renang kanak-kanak dengan mini taman air serta game room untuk khas untuk kanak-kanak. Anak-anak kami sangat gembira dengan kemudahan yang disediakan.

Day 2 (13 Januari 2023): Pagi tu kami mandi kolam dan mini waterpark di Myrus Hotel puas-puas sebelum kami check-out. Selepas check-out, kami menuju ke Underwater World Langkawi. Di sini, anak-anak kami dapat mengenal pelbagai jenis ikan, anjing laut, penguin, dan banyak lagi. Harga tiket masuk adalah:

  • Dewasa: RM46
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM36

Kemudian kami membeli-belah coklat di Coco Valley yang hanya bersebelahan dengan Underwater World, ini merupakan zon bebas cukai dan menawarkan pelbagai pilihan coklat, pinggan mangkuk, sudu garfu,  dengan harga yang berpatutan.

Makan tengahari sepatutnya kami mahu ke Restoran Nasi Campur Kak Yan (juga destinasi makan-makan Waknat TV) tapi malangnya hari tu kedai nya tutup, jadi kami google lah kedai berdekatan, sudahnya kami ke Pia The Paddy, sebuah restoran yang dengan pemandangan sawah padi yang tenang serta hidangan tempatan yang lazat.

Seusai kenyang, kami check-in di Camar Resort, harga satu malam RM400. Resort ini terletak di tepi pantai. Pantainya pantai private, tak sesesak Pantai awam lain seperti Chenang, tenang dan tapi ada juga ejen menawarkan pelbagai aktiviti air seperti island hopping, parasailing, dan banana boat.

Pada malamnya, kami menikmati makan malam di Pantai Chenang yang meriah dengan pelbagai pertunjukan seperti fire show dan street show dengan kostum hero seperti Batman, Spiderman, dan Transformers.

Day 3 (14 Januari 2023): Kami memulakan hari dengan sarapan di Roti Canai Penarak, pun penangan Waknat TV. Kami kemudian melawat Dataran Lang untuk bergambar dengan tugu ikon Langkawi yang terkenal.

Destinasi terakhir kami ialah SkyBridge Langkawi dan Cable Car. Disini ada pelbagai combo, ada yang cuma untuk cable car, ada yang sekali dengan tarikan lain.

Harga Tiket SkyCab Langkawi

Untuk Warganegara Malaysia:

  • Dewasa: RM43
  • Kanak-kanak: RM33

Untuk Bukan Warganegara:

  • Dewasa: RM85
  • Kanak-kanak: RM65

Tiket Lorong Ekspres (Untuk Warganegara Malaysia):

  • Dewasa: RM93
  • Kanak-kanak: RM83

Tiket Lorong Ekspres (Untuk Bukan Warganegara):

  • Dewasa: RM135
  • Kanak-kanak: RM115

Harga ini termasuk akses ke perjalanan kereta kabel yang membawa pelawat ke puncak Gunung Mat Cincang, dari mana mereka boleh mengakses SkyBridge.

Yuran Tambahan SkyBridge Langkawi

  • Akses SkyBridge: RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak (jika diakses melalui jalan kaki dari stesen atas).
  • SkyGlide (Lif ke SkyBridge): RM16 dewasa, RM11 kanak-kanak

Pakej Kombo

Pakej kombo menyediakan akses ke pelbagai tarikan pada kadar diskaun. Harga pakej kombo adalah seperti berikut:

Untuk Warganegara Malaysia:

  • Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM43 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak
  • Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM61 untuk dewasa dan RM51 untuk kanak-kanak

Untuk Bukan Warganegara:

  • Kombo 1 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex): RM85 untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak
  • Kombo 2 (SkyCab + 3D Art Langkawi + SkyDome + SkyRex + SkyBridge): RM115 untuk dewasa dan RM95 untuk kanak-kanak

SkyBridge Langkawi adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari jambatan kabel yang tergantung dari Gunung Mat Cincang

Percutian tiga hari dua malam di Langkawi ini penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik untuk anak-anak kami. Dari Crocodile Adventure Park hingga Underwater World, dan pengalaman hebat di SkyBridge serta Cable Car, semuanya menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan penuh kenangan manis.

Langkawi memang destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Sabtu, 31 Disember 2022

Manchester United, Cristiano Ronaldo dan Masa Depan

Di musim perpindahan 2021/22, pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo mengejutkan dunia apabila dia menyertai Manchester United dari Juventus. Bintang prodigy bola sepak yang telah pun memenangi 5 kali anugerah Balon D'Or, ratusan trofi telah pun dimenanginya, dengan rekod pemain paling banyak menjaringkan gol profesional sepanjang zaman, memilih untuk kembali ke kelab yang membawa namanya naik. Walaupun pada umur 37 tahun, bagi atlet profesional, boleh dikatakan umur dimana mereka berada dihujung karier, tetapi tidak bagi CR7.

The return of the prodigal son

Selaku peminat Manchester United yang mula menaruh minat pada bola sepak disekitar kebangkitan CR7, tahun 2000an. Ini boleh dikatakan satu kegembiraan yang besar, kepulangan prodigal son ke tempat asalnya. Walau pun ada segelumit rasa sangsi, kerana di saat Ole Gunnar Solkjaer yang ketika itu dilihat sedang progresif membina semula United, skuad yang dibina pada umur yang muda, dengan cubaan bermain dengan taktikal menyerang dan pressing game yang tinggi. Menandatangani pemain berumur 37 tahun dilihat seperti step back dari progress rebuilding tadi. 

United dilihat masih kekurang midfielder ketika memasuki musim 2021/2022, tetapi Ole telah di nafikan peluang menandatangani midfielder baru kerana kemasukan CR7 (ketika itu cerita Camavinga, Neves, Rice ke United sedang panas, terus sejuk dengan berita CR7). Ole juga cuba mendapatkan beberapa pemain lain tapi tak kesampaian, tapi boleh berpuas hati dengan musim perpindahan itu dengan kehadiran Varane, Sancho, CR7 dan Tom Heaton.

Musim bermula baik, walau dapat dilihat ketidak seimbangan pasukan, dengan isu berbangkit Paul Pogba, drama dan kecederaan. Tiada back up Centre Back, Varane dan Baily yang kerap cedera, Maguire dan Shaw yang tidak perform. Kebergantungan pada Fred dan McTominay kerana tiada pilihan lain. Mason Greenwood ditangkap polis atas dakwaan rogol dan keganasan domestik. Musim itu menjadi sangat teruk dari segi performance pasukan apabila semua cuba sedaya upaya menaikkan CR7, CR7 dapat menjaring 25 gol musim itu, tetapi pasukan terjerumus teruk, dengan kekalahan besar pada seteru utama, Liverpool 5-0.

Ole dipecat ditengah musim. Ralf Rangnick dilantik selaku pengurus interim. Skuad dapat distabilkan seketika, namun tiada pemain baru dapat Rangnick masukkan. Beliau hanya dapat menerapkan kestabilan taktikal, tetapi dari bilik persalinan masih kedengaran ketidakstabilan, skuad dilihat terbahagi-bahagi. Ada mengatakan ia terbelah antara pemain Inggeris dan bukan Inggeris, ada mengatakan antara pro CR7 dan pro Maguire, ada juga rumors antara pemain muda dan senior. Banyak cerita, banyak juga leak dari dalam kelab sendiri.

Kemuncaknya bila United gagal mendapat tempat dalam UCL musim 2022/23. Dilihat ramai pemain mencari jalan keluar, dengan Pogba, Lingard, Cavani, Mata, Matic, menamatkan kontrak mereka bersama Manchester United. CR7 juga mula mencari kelab baru, dengan ejen beliau dilihat sibuk melobi kebeberapa kelab besar. Eric Ten Hag dilantik menggantikan Rangnick (yang dikatakan akan menjadi konsultan buat United, namun beliau menarik diri kemudiannya).

Erik Ten Hag dilihat lebih tegas, tidak mempedulikan status pemain, siapa yang berkerja keras dan perform akan mendapat tempat dalam skuad. CR7 yang baru kehilangan bayi lelakinya, tidak hadir dalam jelajah pra-musim. Jadi beliau dilihat tidak cergas dan kurang menyengat pabila diturunkan. 

Kesudahannya, ketika liga dihentikan seketika untuk memberi laluan pada Piala Dunia 2022 Qatar. CR7 membuat temu bual yang bagi aku sangat tidak professional untuk pemain setaraf beliau. Menyebabkan Manchester United membatalkan kontrak beliau.

CR7 seterusnya menandatangani kontrak bersama kelab Arab Saudi selepas Piala Dunia, dan Manchester United dilihat bermain lebih baik selepas semua drama ini.

Begitulah kesudahannya cerita CR7 kembali ke Manchester United, kelab yang masih dikendali oleh badut-badut tunggangan Glazer dan masa depan yang semakin kelam, tak tahu berapa lama ETH boleh bertahan.

Khamis, 24 November 2022

Memilih

Memilih yang kiri, kanan atau diantaranya.
Memilih yang konservatif, liberal atau diantaranya. 
Memilih yang progresif, regresif atau diantaranya. 
 
Mengapa perlu dilihat bendera yang dipanji. 
Kerna ia boleh di bagi-bagi.
Mengapa perlu meletak percaya pada manis janji-janji
Kerna manifesto tak semesti ditepati

Dari atas pagar,
Pilihlah mengikut kata hati, 
Selepas puas diselidik dan kaji, 
Pilihlha yang kau rasa mampu berbakti, 
Pada agama, bangsa dan pertiwi. 

Selasa, 8 November 2022

Termangu Sejenak

Dalam bergelimpangan dek ributnya kerjaya, aku termangu sejenak.

Tertanya pada diri, apa makna?

Lontaran di alam maya hanya pura-pura.

Onak di alam nyata penuh berbata-bata.

Yang ikhlas, tak nampak dimata dunia.

Yang bermuka, itu yang dipuja-puja.


Jadi? Aku buat aku?

Kita untuk kita, jangan dipeduli dunia?


Entah, 

Berhenti termangu

Ahad, 14 Ogos 2022

Explorasi Geng Lapo: Revisit Lata Makau, Kuala Kubu Bharu

Dua tahun geng, dua tahun gap masa explorasi kali ni dengan pengembaraan terakhir aku dengan Geng Lapo ni, last trip dulu betul-betul sebelum lockdown, tahun lepas ada trip gak, tapi aku tak join sebab kena kuarantin. Nak tak nak, pengembaraan kali ni kena kasi jadi gak.

Lepas plan punya plan, ketua pengakap kita, Ahmad Sayuti memutuskan untuk repeat balik ke Lata Makau, Kuala Kubu Bharu (boleh refer last trip punya cerita kat sini). Date pun dah set, research balik tengok rupanya sekarang nak masuk Lata Makau ni dah kena minta permit. Sebagai rakyat Malaysia yang berpegang teguh pada rukun negara, serta memupuk penuh nilau keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, aku usahakan jugalah untuk mohon permit ni.

Hasil kajian aku di Google, jumpalah juga cara memohon permit memasuki Hutan Simpan Kekal di Selangor ni (klik sini). Kena isi borang geng, pastu kena bayar RM5 satu kepala kat Jabatan Perhutanan, tapi yang jem nye dorang tak terima online transfer, betapa punya kuno sistem dia, kena bayor cash (satu kerja nak travel ke pejabat perhutanan daerah semata-mata nak bayar RM5), tak pun pakai wang pos atau bank draft. Dah lah kena mohon 7 hari sebelum tarikh trip tu, nasiblah borang tu boleh download online (kat sini), lepas boleh email kat diorang dulu (contact di sini).

Siap mohon dan bayar, bawa salinan tu mendaftar kat balai bolis berhampiran tempat korang nak pergi tu pada hari kejadian. Setel.

Seperti biasa, tak sah satu-satu pengembaraan tu kalau takde member yang wat hal, cancel tak jadi ikut. Dari berlapan, tinggal berenam, Hazim dan Aizat cancel. Aku kata kita redah je la, walaupun ketua pengakap dah goyang sebab chef Hazim tak ada, maksudnya tak adalah kambing bakar. Kalau postpone lagi, confirm tak jadi nanti. 

Hari kejadian, aku kena sidai dekat sejam kat rendezvous yang dijanjikan kat Shah Alam. Ikut itenari 6 pagi semua dah ada situ solat Subuh sama-sama. Sudahnya dekat 7am baru nampak batang hidung. 4 orang jumpa kat situ, lagi 2 orang jumpa tengah jalan, pun kena sidai. Dengan jalan jem,  ada kereta terbakor la, ada roadblock la. Tapi kita kena cekal, dalam hidup ni kalau kau tak cekal kau bakal kena tinggal. 

Bila lapor, kita kena makan,  simple je hidup ni. Jadi Geng Lapo pun singgah breakfast kat Bukit Beruntung, sambil tu tapau bekalan untuk pengembaraan nanti sekali, sebab tak ada chef, nampak gaya Geng Lapo kali ni perlu berpuas hati membantai roti canai dengan nasi lemak je kat atas air terjun nanti. Steady asal jadi. 

Bukan main lewat lagi kita sampai di tapak kem Sungai Pertak, matahari dah tinggi dalam jam 10 pagi macam tu. Pendakian pun bermula. Sebabkan ego dan bongkak, kita tak baca pun blog yang lepas. Dengan palatao nye ketua pengakap kita cakap 4km je hiking ni, so ahli baru macam Fadzli (Abam Sado) dan Lan (Hiker yang sebenar) pun percayalah dakwaan tersebut, Oyed yang pernah pergi dulu pun percaya gak dengan harapan konon nak pengembaraan yang easy and relax. Sekali nah 15km pergi dan balik. 

Oyed dah menyumpah-nyumpah dah. 2 pasang kasut Oyed telah terkorban tapaknya (satu pinjam dari Lan, hiker professional). Lan ni baru join kitorang first time, tapi memang pro lah, memang kaki hiking (sdn bhd), inventori dalam beg semua lengkap (tali, ubat-ubatan, etc), tak macam kitorang yang acah gempak tapi dalam beg penuh jajan je, lepas tu dia punya fitness pun tiptop, tak macam Ahmad dan Oyed, kaput bai. 

Trail kat dalam hutan ni pun dah berubah-rubah, berbeza dengan kali terakhir kitorang datang dulu, pokok tumbang, tanah runtuh, air pasang, semua merubah muka bentuk tanah dan sekaligus mengubah trail tu sendiri. Tapi, bagi aku trail ke Latar Makau ni masih ok lah, boleh kata tak berapa memacak sangat lah, siap ada orang buat trail run lagi. Lebih kurang intermediate level macam tu. 

2 jam naik, 2 jam melantak dan mandi manda, 2 jam turun. Air kat Lata Makau ni kemain sejuk lagi sampai kejang-kejang kaki weh, macam mandi ais rasa dia. Lepas kedalaman dia pun berubah, dulu dalam semeter lebih je (paras dada camtu), sekarang dah lagi dalam, 2 meter lebih macam tu. Ahmad kata ni fenomena biasa kat air terjun, sebab bila hujan dan air deras,  dia akan bawa batu-batu dan pasir-pasir kat atas ni ke bawah. Tak tau la dia ikut palatao dia ke atau memang fakta, tapi aku nampak logik gak argumen dia tu. 

Kena sidai subuh subuh

Kereta terbakar pulak, harap bertabahlah mangsa kejadian

Oyed order roti canai cicah gula, tapi tak dapat, aku syak brader ni cancel order dia

Orang nak bergambor, dia sibuk nak photobomb

Mencari bekalan

KKB, pekan art berat

Tempat Ahmad Fahmi, peserta ke6 disidai

Parking disediakan, RM5 per entry

Fadzli, penangan melayan Mat Kilau la ni

"Sikit je lagi, nak sampai dah", ayat standard penunjuk arah

Hutan buluh, acah shot art berat

Kesan tanah runtuh, trail pun berubah

Trail memang dijaga baik, siap ada signboard

Time ni makan daun kering pun sedap

Posing biar gempak

Air sini bukan main sejuk, muka masing-masing tahan ketor

Goyang beb, last time mandi sini air dalam semeter lebih, kali ni kemain dalam pulak

Kasi letak gambar flora dan fauna sikit

Setel


Rabu, 15 Jun 2022

Melompat Lebih Tinggi

Naluri diri manusia, secara biologinya, lebih gemar mencari keselesaan. 
Kalau panas, kita on aircond. Kalau sejuk, kita off kipas. Kalau jalan jem, kita cari jalan lain (atau yang teruk perangai, selamba potong ikut lorong kecemasan). Kalau penat, kita rehat. Dan seterusnya begitulah. Kita sanggup berbelanja lebih untuk mendapat lebih keselesaan, kalau ada duit, dari pakai penyapu, baik pakai vacuum, tak pun roomba, tak pun upah je orang gaji, dari memasak, baik order foodpanda, antara contohnyalah. 

Tapi bila terlalu selesa, kita tak nak perubahan. Kita nak duduk di zon selesa itu kalau boleh selamanya. Dan kita tak akan menukar apa-apa, tak akan ambil apa-apa risiko, untuk kekal disitu. Kesudahannya, kita tidak akan tahu potensi diri kita yang sebenar. Apa yang kita akan capai jika kita keluar dari zon selesa itu.

Jadi, lompatlah keluar. Lompat lebih tinggi. Keluar dari kotak nyaman itu, dan capai potensi penuh mu.

Isnin, 30 Mei 2022

Aurora Syifa: Benda Paling Pantas

Orang kata Usain Bolt laju, cahaya tu laju, bullet train tu laju, The Flash tu laju, sesungguhnya diorang belum tengok tangan budak mencapai makanan. Kemain laju lagi


Aurora Syifa, kalau bab makanan memang cargas. Kalau ke kedai makan, dari awal duduk dialah orang pertama yang mengunyah, sampai nak balik, dialah orang terakhir yang mengunyah.

Alhamdulillah selagi dia berselera. Kita bagilah. Tapi dia makan semua, sayur, buah-buahan, protein, kira cukuplah nutrisi.

Semoga sihat-sihat hendaknya anakku sayang, Aurora Syifa

Khamis, 12 Mei 2022

Ayra Sofea dan Atuk

Arwah ayah meninggal beberapa bulan sebelum cucu dia Ayra Sofea lahir, masih segar lagi di ingatan saat menjaga ayah di hospital dibulan Ramadhan tahun 2018, ulang alik ke hospital bawa mak buyung yang tengah sarat.

Dengan nak pergi check up lagi, baby tak gerak lagi, hampir sebulan juga masa lebih banyak diluangkan di hospital dari di rumah. Ayah pergi tu masa lagi seminggu lebih lagi nak raya. 

Baru ni bawa Ayra Sofea ke kubur atuk dia, bila kita baca fatihah tu terus dia angkat tangan baca doa. Rasa macam ada ninja potong bawang lak tiba-tiba.

Semoga arwah ayah (Jaafar bin Hashim) diampunkan semua dosanya, dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Isnin, 9 Mei 2022

Tiba-Tiba Hari Raya


Selepas 2 tahun beraya dalam PKP, tanpa persiapan. Raya tahun ini tiba-tiba diumum awal sehari, kelam-kabut lah nak buat persiapan. Boleh tahan kelakar pemegang mohor raja-raja ni berjenaka, dengan baju melayu ungu dia, dekat RTM online dah umum awal lepas buka puasa tu, tapi di TV pukul 9pm baru dorang siarkan. Jadi masih berteka-teki lagi lah beberapa jam tu samada nak siap-siap pergi terawih atau tidak. Ikutkan ura-ura nya dah berminggu awal dah, ahli falaq dah sebarkan kat dalam whatsapp pasal kemungkinan raya awal ni, dan di negara jiran pun dah siap umum awal lagi. Tapi di Malaysia, hingga hujung Ramadan baru tahu. 

Berpuasalah kita 29 hari saja, kelam-kabut satu negara malam tu, ada yang baru raya tak beli lagi (konon nak tunggu sale malam raya), ada yang kena kerja esok hari nya, ada yang belum bertolak balik kampung, ada yang masih sedang menghadap jem balik kampung, rendang ketupat, makanan-makanan jangan ceritalah, memang tak sempat, ada sampai berjaga sampai pagi nak siap kan. Tak kurang juga yang dah redha je lah, Raya ala kadar je, raya ke-2 baru siap betul-betul. 

Tak sangka dalam hayat aku dapat alami peristiwa ni, "tiba-tiba Hari Raya". Macam-macam perkongsian lucu di media sosial dengan posting video, status, gambar yang kelakar tentang pengalaman kelam-kabut masing-masing malam raya tersebut.

Apa pun, Selamat Hari Raya diucap pada semua, maaf zahir dan batin. Semoga dapat kita bertemu Ramadan tahun depan dan Ramadan yang lalu menjadi pembimbing kita menjadi manusia yang lebih baik.


Catatan Popular