Ahad, 18 April 2010

Slot Ekspedisi Jiwa: Kawan

Lokman al-Tarbawi(Man) dan Hugo Llorente(Joe) lahir di satu pulau yang letaknya di tengah lautan Hindi. Pulau Siput yang sebesar tiga ratus kangkang kera persegi itu belum lagi termaktub dalam mana-mana peta di atas bumi ini. Man dan Joe menetap di sebuah perkampungan yang letaknya tak jauh dari pantai.

Man dan Joe sudah berkawan akrab dari kecil. Hubungan mereka sesuai diimpresikan dengan aur dan tebing, buku dan ruas, span basah dan tapak sulaiman, tiada siapa yang dapat memisahkan mereka. Kemana Man pergi, Joe ada. Kemana Joe pergi, Man ada. Yalah, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Cumanya, Lokman al-Tarbawi(Man) adalah seorang manusia manakala Hugo Llorente(Joe) adalah seekor siput.

Dek kerna rasa dirinya berbeza dengan sahabat akrabnya, Man tekad belayar keluar dari Pulau Siput menuju ke kutub selatan. Man dapat tahu dari television satelit yang dia dapat dari kapal terbang yang terhempas di pantai Pulau Siput tak lama dulu, yang bahwasanya, di kutub selatan sana ada letaknya makmal rahsia kerajaan Amerika yang boleh mengubah rupa bentuk manusia menjadi haiwan, agar boleh digunakan sebagai perisik jika perang meletus nanti.

Demi sahabat akrabnya Joe, Man sanggup mengayuh sampan beribu-ribu batu nautika untuk menggapai tekadnya. Dia mahu jadi siput. Sama macam Joe. Bak kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ketepian. Tapi Man tak tahu berenang.

.......................................................

Man hantar mesej kepada Joe melalui camar laut yang kebetulan ondewei ke utara. Yang dia akan pulang tak lama lagi. Joe cuma senyum-senyum. Hatinya gembira.

[Sambung. Penatlah taip]

14 ulasan:

camar laut berkata...

tapi hasrat Man tak kesampaian, dia akhirnya mati masa taufan ribut melanda di lautan hindi.

Aizuddin Jaafar berkata...

Camar Laut,
Salah salah. Ini cerita imaginasi masa saya masa menjalani ujian kreativiti ketika sesi temuduga pagi tadi.

AISA. berkata...

-_-" tiba tiba aku pun nak jadi siput. penat jadi manusia la.


tahi tahi.

Aizuddin Jaafar berkata...

Aisa,
Allah sayang orang yang bersyukur. Sabar ok.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Dia kirim pada camar laut?
Kenapa bukan pada ikan lumba-lumba?

=(

Aizuddin Jaafar berkata...

Lord Zara,
Ikan lumba-lumba tak ada yang nak singgah Pulau Siput.

hnshzk berkata...

dengan bangga nya aku teka kau cemerlang dalam ujian tu..

kretip dah kau ni..

tak ada sambungan ke?

Aizuddin Jaafar berkata...

Ica,
Cemerlang tak cemerlang kita tunggu resultnya.

Ada-ada. Nanti aku sambung. Banyak lagi kerja aku yang lain ni.

nazrinzaidi berkata...

aku tak pasti maksud peribahasa,
span basah dan tapak sulaiman.

peribasa ni belum ada lagi dalam buku.aku nak pergi repot dekat dbp.
penemuan peribahasa baru.

psst..kau dah nak dekat evolve jadi karam singh.hati-hati!!

tun teja berkata...

Akhiryer si Man telah menjadi bahan kajian di makmal rahsia tuh dan telah mengalami mutasi akibat orang2 Amerika di makmal tuh yang kononya powerlah sangat ...

Beliau tidak menjadi siput sebaliknya menjadi Incredible Hulk..huhu

mirashi berkata...

man sungguh romantis hntr mesej guna burung camar laut. mcm zamn dulu2
ngeh3
;P

Aizuddin Jaafar berkata...

Nazrin,
Sila rujuk TV9 "dekat di hati" setiap petang pukul 4.

Tun Teja,
Sila nantikan sambungannya.
Sabau sabau. Aku nak taiplah ni.

Mirashi,
Masa ni takda posmen yang pandai berenang lagi.

Unknown berkata...

huahaha..kalu man jadi siput, t burung camar hepi..ada 2 siput sebagai brekfes..

Aizuddin Jaafar berkata...

Wangwang,
Burung camar sebenarnya makan ikan bakar cicah budu. Dia tak makan berudu mahupun siput.

Catatan Popular