Budak: "Pakcik ni ustaz ke?"
Ayah: "Pakcik bukan ustaz, pakcik baru nak start"
Seorang anak kecil bertanya pada ayah aku, yang kelihatan asing baginya kelihatan kemana-mana berjubah berserban.
Ayah pada ketika hayatnya pernah berpesan, beliau gemar menyelit pesan dicelah-celah perbualan-perbualan kosong kami anak-beranak. Berikut antara kompilasi pesanan beliau (kalau ada aku ingat lagi akan aku update dari masa ke semasa)
...
"Perangai kita ni, cerminan macam mana akhlak kita dalam solat, macam tulah perangai kita dalam kehidupan seharian ni.Yang khusyuk, fokus, tawaduk, rendah diri, tepat masa, yang itulah kita bawa dalam hidup kita. Yang sambil lewa, endah tak endah, lewat, yang itulah kita bawa dalam hidup kita."
...
"Penyakit tu makhluk, doktor pun makhluk, ubat pun makhluk, Allah itu maha Pencipta. Sakit tu Allah yang cipta, ubat pun Allah cipta, doktor pun Allah cipta. Jadi bila makan ubat, jumpa doktor bila sakit, kenapa kita letak iman dan yakin pada makhluk. Jadi sebelum makan ubat bacalah:
Bismillahiys Syafi
Bismillahil Kafi
Bismillahil Mua'fi
Bismillahil lazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi wa la fis sama’i wa huwas sami’ul ‘alim
semoga iman dan yakin kita tetap pada Allah yang menyembuhkan dan tak jatuh pada syirik kecil yang yakin makhluk itu menyembuhkan"
...
Nak beramal soleh itu sebenarnya senang, nak ikhlas itu susah. Contoh, sedekahlah kipas dekat masjid, dapat pahala. Tapi nak JAGA IKHLAS tu yang susah, bila-bila Allah boleh tarik pahala tu kalau hilang ikhlas tu, katalah satu hari kau tidur di masjid tu, sekali kena halau dengan tok siak, terdetik di hati kau, "dia tak tahu aku pernah derma kipas kat sini", automatik hilang pahala kau derma tu.
........
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang membermanfaat, doa anak – anak yang soleh”
Semoga dikesempatan post blog ini, pesan ayah ini dapat memberi manfaat pada pembaca walau sekelumit, seterusnya menjadi bekalan amalan beliau di sana bertemu Tuhan.
Khamis, 6 September 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan