Hampir setahun sudah Ole Gunnar Solkjaer mengendali kelab bola sepak Manchester United, walau beberapa bulan dari itu cuma pengurus interim sahaja. Namun sudah kedengaran suara-suara dari peminat di media sosial yang mahukan Ole di pecat dek kerana prestasi turun naik kelab musim ini yang melihatkan Manchester United berada dikedudukan ke-6 dalam liga selepas 15 perlawanan, ketinggalan 7 mata dari Chelsea di tempat ke-4, dan 22 mata dari Liverpool selaku pendahulu liga.
#OleIn #TrustTheProcess
Pendapat peribadi aku, kita selaku peminat perlu memberi masa kepada Ole kerana usul-usul yang berikut.
1. Pertukaran pengurus dipertengahan musim tidak memberi manfaat pada pasukan yang kini masih dalam tempoh transisi perubahan struktur dan falsafah. Walau Pochetino, Niko Kovac dan Unai Emery baru sahaja dipecat kerana prestasi kelab yang kurang memberangsangkan oleh Tottenham Hotspurs, Bayern Munich dan Arsenal, tetapi pengurus-pengurus tersebut telah mengurus kelab mereka untuk beberapa musim, Sedang ini adalah musim pertama untuk Ole (secara rasmi, musim lalu Ole bermula dari tengah musim)
2. Ole baru memperoleh 2 jendela perpindahan iaitu pada Januari dan Jun 2019 dan baru menandatangani 3 pemain, Aaron wan-Bissaka, Harry Maguire dan Daniel James. Dan ketiga-tiga mereka mempersembahkan pemainan yang memberangsangkan di setiap pelawanan dan antara pemain terbaik musim ini di Manchester United. Ole juga dalam proses membersihkan skuad beliau dari pemain-pemain yang tidak menepati kualiti pemain Manchester United atau mereka yang bermain untuk nilai monetari dan bukan untuk lencana didada. Namun setakat ini Ed Woodward dan lembaga pengarah United gagal memberi Ole pengganti buat pemain yang pergi.
3. Peningkatan dari segi corak permainan, ini dapat dilihat Ole gemar bermain dengan taktik serangan balasyang pantas dari Rashford, Martial, Greenwood dan James. Taktik ini amat berkesan keatas lawan yang gemar menyerang tapi kurang efektif pada lawan yang cuma bertahan. Berbanding dengan corak pemainan pengurus-pengurus terdahulu seperti taktik parking bas atau falsalah "possession football" oleh Mourinho dan Van Gaal yang membosankan, corak Ole adalah satu peningkatan.
4. Ole berjaya mengetengahkan pemain-pemain muda dari akademi yang menjadi tradisi United sejak turun temurun dan menyerap mereka yang berpotensi dengan tepat, tidak meletakkan tekanan yang terlalu besar dan melindungi mereka secara halus.
5. Para pemain sukakan Ole dan mempercayai beliau. Masalah kepercayaan pemain ini yang kerap menjadi duri dalam daging ketika era Jose, LvG dan Moyes.
Membaikpulih
Secara kritikalnya, Ole masih banyak perlu belajar dan memperbaiki. Antara yang perlu diperbaiki untuk kembali menjulang United ke puncak adalah seperti berikut1. Set-piece, boleh kita United sangat lemah dalam set-piece, baik dari sepakan penjuru atau sepakan percuma. Ketika bertahan, Ole cuba menerapkan pertahanan dalam zon, berbanding man-to-man marking yang lebih popular, taktik ini juga di gunakan oleh Pep Guardiola, ia sesuai untuk serangan balas, hanya jika mereka mampu memenangi bola dari hantaran lawan. Ketika menyerang, acap kali hantaran yang diberi tidak tepat kepada pemain United. Lebih latihan diperlukan, mungkin Ole perlu melantik pakar set-piece coach yang lebih berkualiti.
2. Kreativiti, hilang punca bila pihak lawan bertahan sepenuhnya dan cuma menanti United melakukan kesilapan, yang mana kerap terjadi tika pemain mula hilang fokus atau tertekan. Berdepan situasi ini, pendekatan Ole adalah menguasai bola dengan hantaran-hantaran pendek, kebiasaan bermula dari kawasan pertahanan United oleh Maguire atau Lindelof dan mengerakkan bola di pemain-pemain sayap dan memasuki kotak penalti lawan dengan hantaran satu dua antara penyerang (yang mana ini kurang berlaku kerana tiada kualiti dari pemain tengah no.10). United memerlukan pemain no.10 baru kerana Andreas dan Lingard tidak cukup kreatif, Mata masih berbisa namun tiada kepantasan dan juga lemah tika bertahan.
3. Plan B, ketika awal perlantikan Ole, selaku pengurus sementara, beliau bijak menukar taktikal, formasi, dan tempo perlawanan berdasarkan situasi atau strategi lawan. Ketika itu beliau peroleh skuad penuh dari Jose Mourinho dan memperoleh keputusan cemerlang untuk beberapa bulan, sehinggalah krisis kecederaan membelenggu skuad ini, dan situasi sama berlaku musim ini (lebih teruk lagi selepas Ole menjual ramai pemain keluar untuk proses pembersihan). Kehilangan Herrera dan Lukaku mengurangkan varieti buat Ole memilih, pengganti yang berkualiti dan dengan mentaliti yang betul sangat diperlukan.
Jadi untuk mengembalikan kegemilangan Manchester United, peminat perlulah bersabar dan faham yang cuma ada seorang sahaja Sir Alex Ferguson di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan