Pagi-pagi lagi Joe sudah menunggu kepulangan sahabat akrabnya, Man di tepi pantai. Hatinya kini sedang melompat-lompat bermain jumprope. Sudah bertahun lamanya Joe tidak ketemu sama Man. Sudah pastilah hatinya kini rindu. Nasib baik Joe tak pernah dengar radio kalau tidak mesti hari-hari dia karaoke lagu nyanyian Black, Aku Rindu Sayang Kamu.
Ketika matahari baru terbit lebih kurang empat jengkal dari paras laut kelihatan dari jauh bayangan sampan sedang meniti horizon. Joe tahu. Itu Man. Sebab Joe dapat rasa. Itu Man. Man pasti sedang kayuh-kayuh sampan sambil berjoget gembira kerna rindunya pada sahabat akrabnya kian terlerai. Itulah gambaran yang bermain dalam otak kecil Joe.
.......................................................
Matahari sudah tegak mencanak diatas kepala. Bayangan sampan kian hampir ke pasir pantai permai Pulau Siput. Joe hanya tersenyum-senyum. Dinantikan sampan itu mencecah daratan.
Seekor penguin turun dari sampan. Joe tenung penguin tu. Penguin tu senyum. "Akulah" kata penguin. Joe pun senyum. "Man! Hahaha!" kata Joe diiringi ketawa. Man pun gelak.
"Macam mana kau jadi penguin pula ni?" Joe tanya.
"Aku ada termakan penguin jadian ketika disana" Man jawab.
Mereka pun gelak bersama-sama
.......................................................
Click! [Bunyi shutter kamera]
Gambar seekor siput dan penguin sedang senyumsenyum dengan berlatarkan laut dengan sampan dan pokokpokok serta matahari dibalik awan, terhasil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
21 ulasan:
PENGUIN! o.o
nak nom man ada x?;)
nak mengeratkah ukhuwah
ps: bukan kuah eh, tp ukhuwah. risau betul kalau si aizuddin baca comment ni time tgh malam. yea la, lps tu mula la skodeng peti sejuk.kan3?
;PP
Mira,
Takda takda. Shooh! Gatai nak ngorat penguin.
Jangan samakan saya dengan kamu dan kak ochs kamu tu.
ops, nape die tukar jadik peguin??? nape bkn siput?? peguin ngan siput leh kwawn ke??
Betul lah kata bidalan lama Pulau Siput; Kasih perngorbanan kawan umpama Siput dengan Penguin.
hahaha..
cam cumel je siput n penguin jadik kawan sehidup semati..
dahlah dua2 jalan terkedek2...
Orahame,
Perbezaan hanyalah delusi. Kita semua sama. Tak ada sebab mereka tak boleh berkawan.
Kalau Pak Jib baca ni mesti dia buat modal satumalaysia dia ni.
Kaxx,
Ini memang lagenda Pulau Siput ni.
Tun Teja,
Err.. Pembetulan. Siput mengesot. Tapi ok juga. Siput dan penguin mengesot-ngesot terkedek-kedek.
orang yang namanya sahabat itu memang indah. sayangnya, mungkin cuma ada satu dalam sejuta.
*thumbs up*
Aisa,
Aku lukis gambar ni masa ujian kreativiti hari tu. Dia bagi 6 corak-corak random suruh lukis bentuk. Aku sambung-sambung jadi gambar ni.
Aku berkawan dengan semua orang. Tapi sahabat yang betulbetul akrab aku tak sure lagi ada ke tak.
makan penguin!
tamat ke?
jadi sebuah pengakhiran yang manis lah?
apa-apa pun semoga berjaya ya!
ya. dapat tangkap mesej cerita nih. perbezaan bukan penghalang persahabatan. =)
fuhh...peguin itu dari mana
Ica,
Tamat tamat. Happy ending pun stylo gak kadang-kadang.
Athirah,
Yes, mesej! Majulah sukan untuk negara. Sebenarnya bukan tak boleh sebarang cakap. Makan pun tak boleh sebarang makan. Salah makan macam nilah jadinya.
Tengku Fir,
Penguin dari kutub selatan. Penguin itu adalah Man.
hampeh. sabar jela
pingu oh pingu,,
dah lame x layan katon comel tu..:D
siot punya penguin
wat suspen aku jer..
aku pening fikir siapa/apa yg amek gmbr.
B)
nice one.
Leia,
Sabar itu sebahagian dari iman. Jabar itu anak kepada pak cik Man.
Ana Green,
Dulu masa muda-muda selalu tengok kartun tu sambil mata masih kabur-kabur disulami mamai pagi.
Daisy,
Ntah siot je penguin. Suspensyen betul.
Afe,
Saya saya! Heee
kenape penguin? bukan beruang kutub atau lain-lain?
Afzainizam,
Err.. Terima kasih?
Beruang Kutub,
Kerana jelas sekali disini penguin sangat comel.
siput makan penguin = penguin
pas nie
penguin makan siput = ?
kenyang kot...
Wangwang,
Siput sedut tak terlibat dalam fenomena ini. Harap maklum.
Catat Ulasan