Satu tinju tangan kiri menepati dagu kanan pak guard itu. Ketika dia hilang keseimbangan aku hayunkan satu lagi penangan ke abdomennya. Kala dia sudah tertunduk menahan senak, pantas aku susulkan gerakan ongbak penuh bergaya. Lutut yang padu itu terus menelan kesedaran si pak guard.
Aku sorok pak guard di belakang kotak-kotak dalam warehouse tersebut. Perlahan aku jejak masuk kedalam dengan penuh gaya ibarat ninja. Agak mudah misi kali ini jika dibandingkan dengan misi-misi musim lalu. Misi menyelamatkan unicorn kerdil yang diculik sindiket penyeludupan haiwan liar kali ini lebih mudah jika dibandingkan dengan misi minggu lalu iaitu menjejak kapal terbang rusia yang membawa serigala jadian yang terhempas di antartika.
Di satu sudut aku nampak empat orang ahli sindiket tersebut sedang bermain poker. Setiap dari mereka bersenjatakan pistol. Aku mengambil langkah proaktif dengan mencampakkan empat batang lidi yang aku jumpa dilantai tepat memasuki lubang telinga setiap dari mereka. Tak sampai lima saat mereka semua rebah tergolek umpama rezeki yang datang bergolek.
"Hei, apa lu buat kat sini?"
Terkejut aku mendengar suara garau segarau suara Ramli Sarip menegur dari belakang. Aku ingat nak minta otograf tapi memandangkan makhluk dibelakang aku bukan Ramli Sarip maka aku batalkan niat tersebut. Sebaik saja aku tengok muka mamat setinggi tujuh kaki ini, terus dia hadiahkan buku lima yang cukup padu. Walaupun aku sempat menahan tapi ia tetap menyebabkan aku melambung beberapa meter kebelakang. Wah gagah sungguh mamat ni, kekuatannya hampir sama dengan Naga Zombie yang aku lawan tahun lalu.
Aku berlari kearah mamat tersebut sambil mengelak kotak yang dicampakkannya. Aku elakkan tinju darinya dengan satu lompatan tinggi sambil menghadiahkannya lutut mantap keatas dahinya. Aku bajet ini kalau makan sepuluh biji panadol activefast pun tak mampu nak hilangkan pening kepalanya. Sebaik saja kaki aku menjejak tanah, siku aku terus ke buah pinggangnya, lapan belas tinju ke rusuk kiri dan kanannya, lutut ke abdomen dan kangkangnya, dan satu tendangan putar tepat mengenai dagu kanannya. Semua itu berlaku dalam masa kurang dari dua saat. Beberapa saat kemudian, mamat tersebut terus tumbang menyembah bumi sambil memuntahkan beberapa biji organ dalamannya.
Aku terus menuju ke office bos besar sindiket tersebut. Mereka yang cuba menghalang mudah saja aku tumpaskan dengan tangan kosong. Bam! Aku terajang pintu office bos besar tersebut. Dalam office tu aku nampak unicorn kerdil kat dalam sangkar. Bos besar tu sedang mengacukan pistol pada aku. Aku tenung sekali mata dia. Terus dia hujani aku dengan berdas-das tembakan. Tiga biji peluru aku tangkap guna gigi aku, selebihnya aku elak.
.................................................................
Aku pulang ke ibu pejabat menaiki unicorn kerdil. Dalam hati aku girang selepas mengenangkan bos besar yang aku gantung pada siling warehouse itu dengan kepalanya kebawah. Mesti merah kepala botaknya bila polis sampai ketempat kejadian nanti. Gelak aku dalam hati.
Tett!
(Nada dering telefon tanda ada mesej baru)
"Morning, awak bangunlah. Asyik mimpi yang bukan-bukan je."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Hujan malam ini tidak henti-henti dari pagi. Mungkin air akan naik dan banjir disesetengah kawasan, bisik hati aku. Tapi selari dengan hujan...
14 ulasan:
awak~
bangun~
jom teman saya pergi makan~
aku nak menjerit kat sini..
hahahaha..
kau dah semakin hebat.
dengan tok guru mana kau belajar jurus-jurus tersebut?
word verification kali ini,
spintivi.
Lord Zara,
Jom jom. *Mamai.
Zaki,
Kau menjerit kat KL lah. Macam Rosyam Nor tu.
Nazrin,
Tak tau. Mungkin komik naruto dan one piece.
din.. dinn... aizuddin....
bangun nak, sembahyang subuh.
Dila,
Mak aih, macam biasa dengar je seruan tu.
Akak tinggal sendirian. Jangan la mimpi yang gitu2(doa2 dalam hati)
Tapi yang kat luar tu lagi ngeri!
awak~~ bangun..tido je tau..kelepet kaki awak tau rh..
x sesuai untuk 18 tahun ke bawah. belog ini patut dihadkan limit umur pembacanya.
aku tengah practice jadi mak.
Kak Ellie,
Mimpi macam ni lah bagus. Boleh training dalam tidur.
Mate,
Diam ah. Gigit straw tu je diam diam.
Leia,
Saya bantah. Kanak-kanak bawah umur perlu mempelajari seni mempertahankan diri. Jadi entri ini sangat relevan dengan seruan tersebut.
Dila,
Tu la pasai. Nanti kenduri jemput lah aku.
hehe inilah die superhero pujaan ramai
kenduri mende?
kenduri potong jambul aku dah lepas dah.
Nabilla,
Pasaraya Hero adalah pujaan ramai ibu-ibu.
Dila,
Kenduri kawen ku la.
Catat Ulasan