Ini kisah pari-pari dengan patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel. Patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel ini bernama Bibi.
Satu hari Bibi terserempak dengan pari-pari yang sedang mundar-mandir di atas dahan sebatang pokok Rhu. Wajah pari-pari tampak gelisah, mungkin dia terlupa nak cuci muka pakai serbuk magis pagi tadi. Bibi tahu yang pari-pari itu tak sukakan dirinya kerna dia berbentuk syaitan merah yang comel. Namun begitu, dia bukanlah syaitan yang betul. Bibi tak pernah pun menjejakkan kakinya ke pasaraya Isetan.
Tapi berbekal iklan nasihat khidmat masyarakat yang kerap berkumandang di corong-corong radio, "Budi bahasa budaya kita". Bibi teguhkan jiwa untuk bertanya akan kegelisahan yang melanda jiwa kecil sang pari-pari.
[Mereka berdialog dalam bahasa yang tak diketahui]
Rupa-rupanya bidadari terlupa bawa minuman energinya ketika mahu mencatat nama kanak-kanak nakal di tadika sana. Tanpa minuman energi tersebut sang pari-pari tak dapat terbang pulang ke awan sitrus dimana tempat dia menetap.
Jadi Bibi merelakan dirinya disumpah menjadi jet pejuang untuk membawa sang pari-pari terbang kembali ke awan sitrus. Sungguh mulia jiwa Bibi si patung kapas berbentuk syaitan merah yang comel tersebut.
.......................................................................
Besok pagi aku bangun aku tengok ada patung kapas berbentuk syaitan merah tengah peluk-peluk manja perut aku. Lepas tu aku sambung balik mimpi ronda-ronda naik basikal dengan gadis di kawasan kampung yang asing bagi aku.
Moral: Jangan minum neslo malam-malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
-
Menjelang senja, lebih kurang sebulan lepas, seperti hari-hari lainnya, aku menunggang motorsikal untuk pulang ke rumah dari pejabat. Aku te...
-
Resort Percutian Mesra Keluarga Ofisial website: Tasik Villa International Resort Selepas hadir orang ketiga dalam hidup kami, Ayra Sof...
17 ulasan:
apekah..??? hahahaha
neslo sy tak minum. lo je sy minum. hoo~ eh awan sitrus? mcm buah limau ;O
Hakimah,
Akibat neslo saya tak boleh tidur dan mengarut tengah-tengah malam. Entri ini ditujukan khas kepada seseorang.
Puding Roti,
Kan ada iklan syampoo ape tah tu. Dia sebut sitrus-sitrus jadi saya tulis jelah. Macam best je. Hee
next time amek milo ais.
neslo ais 1.
milo banyak.
Hananchiwi,
Ais tak baik untuk kesihatan.
Dila John,
Kurang manis. Wotey siap!
ok la.. asalkan jgn bersemut. kalau x muntah hijau.
Ni kantoi nak bangun pagi ekhh.
kopi o ais.
asalnya posyen bancuhannya boleh buat aku jadi zombie yang kacak, tapi akhirnya aku tetap jadi sleeping beauty-beast.
esok aku separa mati. *haha*
Leia,
Eleh jeles.
Kay,
Agak kantoilah. Biasanya aku dengar ucapan selamat pagi pada jam 12 tengahari.
Aisa,
Goodluck goodluck. Kau ada paper ke?
Kafein tu bukan elok sangat.
x jeles pon. meluat. uwekkk *muntah hijau+biru+kuning keoren-orenan*
perli ke ape..(neslo)..4 berjaga mlm 2 lah kaedahnyer,huhu
bibi yg comey,hik3
Leia,
Kalau dah terang, buat apa nak buka lampu lagi. Jeles.
Si Comel,
Bukan perli. Nasihat. Tak baik untuk kesihatan.
Tengoklah siapa papa dia.
neslo sangat sadap... sekali dapat memang xigt dunia.. bila dah habis minum baru tersedar dari khayalan..2 pun sebab kepala bedenyut2 macam nak pecah..huhu
Mate,
Memang. Wah sudah maju
memang tak perlu buka lampu. sebab takde apa yg nak disuluh.
Oh Farah,
Sudah sudahlah dengan sandiwaramu itu.
Catat Ulasan