Sabtu, 27 Julai 2024

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Taiping dan Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari terletak di Jalan Taman Tasik, Taiping, Perak. Ini merupakan zoo yang tertua di Malaysia dan terkenal dengan landskap semula jadi yang indah, termasuk Tasik Taiping yang terletak bersebelahan zoo.

Harga Tiket

Zoo Taiping dibuka setiap hari dari 8:30 pagi - 6:00 petang

  • Dewasa (MyKad): RM 16
  • Kanak-kanak (3-12 tahun, MyKid): RM 8
  • Dewasa (Bukan MyKad): RM 20
  • Kanak-kanak (Bukan MyKid): RM 10

Night Safari pula dibuka setiap malam 8:00 malam - 11:00 malam

  • Dewasa (MyKad): RM 20
  • Kanak-kanak (3-12 tahun, MyKid): RM 10
  • Dewasa (Bukan MyKad): RM 25
  • Kanak-kanak (Bukan MyKid): RM 12

Setiap hari pada pukul 11:00 pagi dan 3:30 petang akan persembahan haiwan. Manakala sesi feeding Gajah pada jam 10:00 pagi dan 2:00 petang, dan Harimau pada jam 11:30 pagi dan 3:00 petang

Dengan kawasan seluas kira-kira 34 ekar, memerlukan rata-rata 2-3 jam untuk pusing keseluruhan zoo. Tapi ada tram ride yang disediakan untuk memudahkan perjalanan. Terdapat lebih dari 120 exhibit dengan lebih dari 1,300 haiwan dan lebih dari 200 spesies.










Jumaat, 26 Julai 2024

Cuti-Cuti Malaysia: Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia adalah salah satu tarikan utama di Malaysia yang menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia. Zoo Negara terletak di Jalan Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia. Dibuka setiap hari dengan waktu operasi dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Harga Tiket

  • Dewasa: RM45 (warganegara) / RM88 (pelancong)
  • Kanak-kanak (3-12 tahun): RM18 (warganegara) / RM43 (pelancong)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM23 (warganegara) / RM43 (pelancong)
  • Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma

Lebih kurang sekitar 3-4 jam (5-7 km) untuk melawat keseluruhan zoo (keluasan lebih kurang 110 ekar). Zoo ni merangkumi 16 exhibit utama, lebih daripada 476 spesies dengan total sekitar 5,137 ekor haiwan.

Zoo Negara Malaysia adalah destinasi yang menarik untuk keluarga dan pencinta haiwan, menawarkan pengalaman pendidikan dan rekreasi yang berharga.

Aku sendiri pun memang dah banyak kali ke sini


Circa 2019: bersama Dhia dan Deena

2021: Ape Centre Zoo Negara

Giant Panda Conservation Centre

Savannah Walk

Ape Centre

Malaysian Elephant Exhibit

2019 - Entrance

2012 - Entrance


Misi Jelajah Zoo Satu Malaysia

Pada tahun 2007, aku kerja di Zoo Negara sementara tunggu keputusan sambung belajar. Walaupun selepas masuk universiti aku akan kerja part-time disana setiap kali cuti semester. Sejak dari itu aku ada misi untuk jelajah ke semua zoo yang ada di Malaysia.

Jadi list bawah ni adalah zoo-zoo yang pernah aku lawati, aku akan tuliskan review dan hyperlink kan disini. Post ini akan di update dari masa ke semasa. Nak kena korek balik gambar-gambar yang ada.

Zoo Utama dan Negeri

  1. Zoo Negara, KL
  2. Zoo Taiping and Night Safari, Perak
  3. Zoo Melaka and Night Safari, Melaka
  4. Zoo Kemaman, Terengganu
  5. Zoo Teruntum & Dinosaur Encounter, Pahang
  6. Lok Kawi Wildlife Park, Sabah
Mini Zoo dan Petting Zoo
  1. Farm In The City, Selangor
  2. IOI City Farm, Selangor
  3. G2G Animal Garden, Selangor
  4. Hussin Fauzi Farm Kuala Selangor, Selangor
  5. 99 Wonderland Park, Selangor
  6. Selangor Fruit Valley, Selangor
  7. Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor
  8. Bukit Jelutong Eco Community, Selangor
  9. Zoo Mania Butterfly Farm, Cameron Highland
  10. Animal Feeding Rainbow Garden, Cameron Highland
  11. Sheep Sanctuary, Cameron Highland
  12. Desaru Mini Zoo, Johor
  13. Walai's Rabbit, Sabah
Aviary
  1. Kuala Lumpur Bird Park, KL
Aquarium
  1. Aquaria KLCC, KL
  2. Underwater World, Langkawi
  3. Sealife Legoland, Johor
Reptile
  1. Crocodile Adventure Land, Langkawi
  2. Taman Rama-Rama dan Reptilia, Melaka

Catatan Popular